Saturday, 12 March 2016

# Pemberian Bonus Dalam Powergold

Pemberian bonus perlu dilakukan dengan menepati konsep al-Ji’alah di dalam Fiqh Islam. Al-Ji’alah bermaksud menjanjikan suatu pemberian (komisyen) kepada orang yang melakukan suatu kerja atau tugas tertentu yang sukar seperti seorang lelaki berkata; “Sesiapa dapat mengembalikan untaku yang hilang, baginya pemberian sebanyak RM 200” (Al-Majmu’, jil. 15, Bab al-Ji’alah). Al-Ji’alah adalah akad yang diharuskan dengan dalil al-Quran dan hadis, antaranya firman Allah;

“Orang-orang menteri menjawab: “Kami kehilangan cupak raja dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu”. (Yusuf: 72)

Menurut ulamak, keharusan al-Ji'alah terikat dengan beberapa syarat, antaranya:

1- Pihak yang berakad hendaklah terdiri dari mereka yang memiliki keahlian untuk melakukan akad.
2- Hendaklah bayaran terdiri dari nilai harta yang diketahui.
3- Hendaklah manfaat yang diperolehi menerusi kegiatan ini diketahui pada hakikatnya serta harus memanfaatkannya dari sudut Syarak.(Wahbah az-Zuhaili, 4/787)

Jadi, supaya bonus dapat menepati konsep al-Ji'alah tersebut, maka pemberian bonus oleh Syarikat Powergold.biz adalah berasaskan kepada manfaat/kerja yang disumbangkan oleh ahli/stokis dalam membantu syarikat. Nilai bonus yang diberikan dinyatakan dengan pasti oleh pihak syarikat kepada semua ahli/stokis melalui seminar/perkongsian ilmu antara sesama ahli dan ia menepati syarat yang kedua di atas.

No comments:

Post a Comment