Ramai yang tanya saya yang mana satu lebih baik, antara POWERGOLD dan PUBLIC GOLD antara POWERGOLD dan ZENITH GOLD, antara POWERGOLD dan SYARIKAT EMAS LAIN. Dia kata nak join, tapi tak tahu yang mana satu bagus.
Saya tanya dia, tuan pakai kereta jenis apa tuan? Dia jawab, saya pakai Exora. Saya tanya dia, yang mana satu bagus Exora ke Kancil. Dia terus jawab, tentulah exora, sebab dia besar, boleh isi ramai orang, bla bla bla
Saya kata kat dia, saya baru lepas tanya pada seorang yang pakai kancil, saya tanya dia yang mana satu bagus antara Exora ke Kancil? Dia jawab, dah tentulah kancil, kecil, senang parking, mudah nak jaga, senang nak cilok-cilok, maintainance rendah bla bla bla
Jadi kalau tujuan tuan nak pilih mana yang bagus, saya cadangkan jangan tanya soalan yang tidak membawa kepada yang terbaik untuk diri sendiri.
Saya cadangkan, jika anda nak tahu mengenai POWERGOLD jumpa orang yang aktif buat powergold, dah tanya dia, apa yang ada dalam powergold ini, dan anda simpan dahulu data tersebut.
Jika anda ingin tahu mengenai Public Gold, tanya orang yang aktif buat Public Gold, dah tanya dia, apa yang ada dalam Public Gold ini, dan anda simpan dahulu data tersebut.
Jika anda ingin tahu mengenai Syarikat emas lain, tanya orang yang aktif buat syarikat emas lain dah tanya dia, apa yang ada dalam syarikat emas lain ni, dan anda simpan dahulu data tersebut.
Kemudian kaji sendiri, dan buat keputusan sendiri. Jadilah orang yang bertanggung jawab kepada keputusan sendiri supaya anda tidak menyalahkan orang lain diatas keputusan yang anda buat sekiranya anda gagal dikemudian hari.
Jika ingin bertanya, bertanya pada yang ahlinya, kerana jika sesuatu itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah masa kehancurannya.
Agak2kan, kalau dekat stadium bola tu, ada perlawanan antara JDT dengan Selangor, cuma anda pergi ke sebelah penyokong fanatik Selangor, dan cuba tanya satu soalan cerdik seperti ini, "Agak2 encik la, mana bagus Selangor ke JDT?"
agak2 apa jawapannya, sebab saya tak tahu nak duduk kat bangku mana ni.
Sy fokus pd POWERGOLD.
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment