Saturday, 19 March 2016

Belilah Emas Dengan Kesedaran

BELILAH EMAS DENGAN KESEDARAN

Cara kita ialah MENDIDIK. Sebanyak mungkin cubalah kita akan kongsikan kebaikan menyimpan emas dan kelebihan item emas Power Gold kepada pelanggan dan bakal pelanggan.

Beri ruang secukupnya untuk mereka faham dan mengerti apa yang mereka perlu tahu apabila mereka mula membeli emas fizikal. Dengan erti kata lain, "memaksa" secara membabi buta bukan cara kita.

Kepada yang suka mengkaji, satu saja pesanan saya. Jangan terlalu lama membuat kajian. Kerana mengikut pengalaman, orang sekadar mengkaji akhirnya hanya menjadi pengkaji dan bukannya pembeli.

Beli emas bukan macam beli barang lain, yg mana kita beli duit habis. Sebab ADA EMAS Bermakna ADA DUIT.

Jika kita membeli dengan kesedaran, jarang kita dengar goldsaver yang cakap rugi bila beli. Yang cakap rugi sebab "Silap tak beli sebelum ni" ramai la.

No comments:

Post a Comment