Wednesday, 23 March 2016

Apa Itu Goldbar

Apa tu goldbar?
Goldbar adalah jongkong emas yang dihasilkan dalam saiz berat yang lebih kecil, ketulenan goldbar keluaran Powergold adalah 999.9

Kenapa perlu simpan goldbar?
Spread jual beli goldbar lebih kecil dari barang kemas, kebiasaan spread goldbar 10-15% manakala susut nilai barang kemas 20-25% dari harga semasa, ini bermakna simpan goldbar lebih untung dari simpan barang kemas. Maksud spread adalah kadar perbezaan harga jual beli emas, dari perbezaan harga jual beli itulah syarikat emas membuat keuntungan sama seperti money changer yang membuat pertukaran matawang

Kenapa perlu simpan emas sekecil 1 gram ?
1) Kita tak perlu kumpul duit berbulan-bulan lamanya untuk dapatkan berat yang lebih dan saiz yang lebih besar. Ramai antara kita termasuk saya bukan ada duit yang banyak untuk dapatkan emas seperti begitu berat dan besar sekali gus. Mesti nak kena kumpul duit dulu. Jadi, sekarang kita tak perlu tertunggu-tunggu lagi untuk membelinya. Pendapatan tetap yang kita dapat setiap bulan tu bolehla kita tukarkan dengan emas serta merta, bukankah begitu tuan-tuan & puan-puan

2) Mudah dan mampu dimiliki, ramai yang membuat simpanan wang untuk membeli emas yang lebih berat, tahukah anda dalam tempoh menunggu itu anda kerugian kerana harga emas sentiasa naik dari masa ke semasa. Kita akan terlepas untuk dapatkan harga rendah untuk setiap gram emas . Senang cerita, cukuplah sekadar memiliki emas dengan berat yang kecil dengan harga murah daripada nak tunggu duit cukup untuk beli emas yang lebih berat dan besar.
3) Kita boleh istiqomah setiap bulan menyimpan emas biarpun dengan jumlah berat yang kecil. Sebab kita tidak perlu modal yang banyak. Simpan sikit-sikit,lama-lama jadi membukit juga. jadi mulakah hari ini dan jadikan sebagai simpanan bulanan

Berminat? Hubungi 012-346 5145

No comments:

Post a Comment