Saturday, 19 March 2016

Jual Beli Emas Melalui Internet Atau SMS

JUAL BELI EMAS MELALUI INTERNET @ SMS

Drpd Ustaz Ubai

Sebelum menjawab tersebut kita jelaskan dahulul hukum-hukum umum dalam akad ....

Hukum-hukum umum dalam akad (transaksi).....
Akad menduduki kedudukan terpenting, kerana perjanjian menetukan hubungan antara dua pihak yang terlibat dimasa sekarang dan dimasa akan datang.

Definasi akad
Pada bahasa ialah secara keseluruhannya kembali kepada bentuk ikatan atau perhubungan terhadap dua hal.

Pada istilah: adalah keterikatan keinginan diri dengan sesuatu yang lain dengan cara yang memunculkan adanya komitmen tertentu yang disyariatkan.

Rukun-rukun akad

RUKUN PERTAMA - Dua pihak atau lebih yang melakukan akad...Kedua-dua pihak disyaratkan memiliki kelayakan:
kemampuan membezakan yang baik dan yang buruk
bebas memilih
akad dianggap berlaku bila selamat dari kecacatan dalam khiyar.

RUKUN KEDUA - objek akad (transaksi)
Barang yang dijual atau barang yang disewakan...Beberapa syarat yang mesti ada:
barang tersebut mestilah suci pada syarak
barang tersebut boleh digunakan dengan cara yang disyariatkan
komiditi boleh disah terimakan
barang yang dijual merupakan milik sempurna
boleh diketahui wujudnya oleh orang yang melakukan akad

RUKUN KETIGA - Sighah akad (Sighah adalah ungkapan yang diucapkan oleh orang yang melakukan akad )...
Ungkapan itu mengandungi Ijab dan Qobul
( Ijab ialah ungkapan penyerahan barang
Qabul menunjukkan penerimaan kepemilikan )

Apakah akad sudah dianggap sah dengan adanya serah terima barang?
Yakni seorang penjual menyerahkan barang dan pembeli menyerahkan wang bayarannya tanpa adanya ucapan dari salah seorang diantara kedua mereka.
Pendapat yang sahih menurut jumhur ulama jual beli seperti itu sah berdasarkan perkara berikut:
berlakunya kerelaan
tidak ada nas syariat yang mensyaratkan ijab dan qabul secara lisan
amalan tersebut sudah menjadi  ‘uruf  (kebiasaan)

Syarat-syarat akad

mesti berlaku dalam satu majlis
penyebab terjadinya ijab mesti ada hingga terjadinya qabul.
tidak adanya hal yang menunjukkan tarik diri dari pihak kedua.

Hukum melakukan akad melalui komunikasi moden 
1⃣Kalau akad berlaku :
Kedua-dua pihak tidak berlaku dalam satu lokasi. 
Tidak melihat antara satu sama lain.
Tidak mendengar suara. Sementara media yang digunakan adalah tulisan, surat, kedutaan atau deligasi, via telegram, faks, monitor komputer.

Dalam semua keadaan diatas – akad dianggap sah, kerana ijab boleh sampai ketempat yang dituju, demikian juga qabul dari pihak yang lain.

2⃣kalau akad antara kedua pihak berlaku dalam satu masa sedangkan keduanya berada dalam dua lokasi yang berlainan. Akad pula dilakukan dengan telefon atau faks- maka akad tersebut dianggap akad antara dua orang yang hadir. Akad tersebut sah.

3⃣kalau pihak yang menawarkan akad dengan media tersebut memberikan ijab dengan waktu tertentu, maka ia tidak boleh dibetulkan kembali

4⃣Kalau berlaku kekeliruan, hendaklah kembali kepada kaedah-kaedah umum.

5⃣semua kaidah-kaidah tersebut tidak berlaku bagi akad nikah, kerana nikah memerlukan saksi. Tidak berlaku pada pertukaran mata wang kerana ada syarat penyerahan langsung.

Menurut pendapat saya kalau emas dianggap mata wang, maka mesti dilakukan penyerahan langsung apabila berlaku lock harga, maka tidak boleh berlaku akad melalui komunikasi moden
Kalau emas dianggap sil’ah (“barang”) kerana emas itu telah berlaku kerja-kerja menempa, maka ia boleh dilakukan jual salam (jual tempah) dengan membayar deposit. Dan boleh berlaku akad melalui komunikasi moden

Parameter JAKIM membenarkan kita langsaikan dalam masa tiga hari, Pada pendapat saya: “ini mengisyaratkan  emas dianggap sil’ah (barang)”. Dengan demikian  kita boleh lock harga atau jual semula mengikut harga semasa melalui komunikasi moden seperti sms dan internet & boleh dilangsaikan bayarannya dalam masa tiga hari.

No comments:

Post a Comment