Saturday, 12 March 2016

Emas Sebagai Modal.

Red Spot!

Ulangkaji Kad Kredit Emas @ Emas Sebagai Modal.

1- Perkara pertama yang WAJIB kita ketahui adalah NILAI TUNAI yang kita perlukan .. Oleh itu, buat sedikit research mengenai item yang ingin kita punyai, atau tetapkan jumlah minima yang kita perlukan ..

Sebagai contoh, anda mahu beli tab LENOVO baru yang harganya RM500, maka nilai tunai yang anda perlukan adalah RM500.

2- Kedua, bahagikan NILAI TUNAI ini dengan 80% untuk mendapatkan JUMLAH PINJAMAN yang anda perlukan;

➡ Contoh RM500 ➗ 80% = RM625.

Maka JUMLAH PINJAMAN yang anda perlukan adalah RM625 ❗

Seterusnya adalah soal berapa GRAM diperlukan untuk menghasilkan pinjaman sedemikian..

- Oleh itu dari RM625 itu tadi bahagikan dengan maksima % pinjaman diberikan ARRAHNU pilihan anda, misalnya BANK MUAMALAT menawarkan 80% pinjaman dari MARHUN.

➡ Contoh kira: RM625 ➗ 80% = RM781.25

Dari NILAI MARHUN, bahagikan pula dengan harga tawaran segram yang ditetapkan mengikut kualiti yang sesuai dengan EMAS anda, contoh BANK MUAMALAT menetapkan 1g EMAS 916 = RM132/g.

Maka, RM781.25 ➗ RM132 = 5.92g atau boleh digenapkan pada 6g

Apa MAKNA semua NILAI diatas ini ❓

- Berdasarkan kiraan diatas, anda memerlukan 6g EMAS untuk berurusan di BANK MUAMALAT, bagi mendapatkan RM500 modal yang anda perlukan.

✨ Untuk menebus semula EMAS berkenaan, anda punyai masa selama 5 Bulan, dan yang perlu anda ganti atau simpan semula dari wang GAJI anda hanyalah RM500 + UPAH SIMPAN

Cara kira UPAH SIMPAN sebulan,

➡ MARHUN ➗ 100 ✖ Rm0.75,
= RM781.25 ➗ 100 ✖ Rm0.75 = RM5.86 sebulan

➡ Jika 6 BULAN, maka RM5.86 x 6 = RM35.16

➡ Pinjaman RM625 + Upah Simpan RM35.16 = RM660.16

➡ Wang lebihan dari Pinjaman ada RM125, maka RM660.16 - RM125 = RM535.16

✳ Oleh itu jumlah TUNAI yang anda perlukan untuk menebus EMAS anda adalah RM535.16❗

Jumlah yang anda perlu asing setiap bulan selama 5 bulan dari GAJI anda hanyalah, RM535.16 ➗ 5 bulan = RM107.03 atau RM107.10

- Mungkin soalan anda kenapa kumpul dalam masa 5 bulan dan bukan 6❓

- Jawapannya, anda boleh juga bahagikan kepada 6 bulan, akan tetapi ia perlu diambil kira dari bulan anda memajak EMAS berkenaan, dengan kata lain anda perlu asingkan dari GAJI anda pada bulan yang sama anda memajak.

- Jika 5 bulan, maka bulan anda memajak itu dikira hangus, dan anda bermula dari bulan berikutnya.

❗❗Yang penting adalah, anda selesa dan berkemampuan untuk membuat asingan tersebut.

#StokisPowergoldAmpang
Ramli 012-346 5145
Ina 012-346 5143

No comments:

Post a Comment