Mengenal KUALITI & TAHAP KETULENAN EMAS
Mungkin ramai daripada kita yang masih keliru tentang kualiti emas, yang mereka tahu hanyalah emas jongkong & barang kemas shj tanpa mengetahui spesifikasi @ ketulinan emas tersebut.
Pernahkah anda melihat cincin yang ditandakan 916,950,14k @ 18k? Untuk pengetahuan anda nombor menunujukkan peratus kandungan emas tulen & K mewakili karat. 1karat bersamaan 200mg, semakin tinggi kandungan emas dlm perhiasan emas anda seperti dibawah.
Standard Emas/ ketulenan :
999 - 24k
950 - 23k
916 - 22k
875 - 21k
835 - 20k
750 -18k
585 -14k
500 -12k
417 -10k
375 -9k
Penerangan :
24K gold, adalah emas tulen, iaitu 100% emas (kebiasaannya dlm bentuk jongkong emas).
18K gold, mngndungi 18 bahagian emas dan 6 bahagian daripada satu atau lebih tambahan 10grm, sehingga 75% emas.
14K gold, mengandungi 14 bahagian emas dan 10 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam sehingga 58,3% emas.dan begitulah seterusnya.
Emas yang boleh dijadikan pelaburan ↩
1)Emas 10 @ 999 - 24k - 99.9% kandungan emas.
2)Emas 950 - 23k - 95.4% kandungn emas.
3)Emas 916 - 22k - 91.6% kandungan emas.
Ini kerana kuantiti emas didalamnya adalah tinggi dan mempunyai nilai yg tinggi. Kebiasaannya didatangkan dalam bentuk jongkong emas, syiling emas, dinar emas @ barang kemas.
Pastikan anda meneliti kualiti/ gred emas tersebut sebelum membeli. Setiap jongkong emas/ dinar didatangkan dengan sijil ketulenan yg disahkan oleh Assayer bertauliah kecuali barang kemas. Untuk barang kemas, periksa dgn penimbang densimeter utk menentukan ketulenan emas tersebut.
No comments:
Post a Comment