Thursday, 31 March 2016

50 Fakta Menarik Tentang Emas

50 FAKTA MENARIK TENTANG EMAS.
*selamat membaca*

1. Emas adalah wang, duit dan harta dari zaman manusia mula menemui emas.

2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)

3.  Nombor atom untuk emas adalah 79

4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial

6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.

7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi

8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia

9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)

10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.

11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.

12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.

13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.

14. Emas digunakan ia tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik

15. Emas adalah logam peralihan

16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.

17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.

18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.

19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.

20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.

21. 1 Ounce (28.35grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)

22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent

23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain

24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.

25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.

26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red

27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat

28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.

29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.

30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg

31. Warna emas tulen adalah kuning metalic

32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.

33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)

34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)

35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya.

36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.

37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.

38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.

39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.

40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.

41. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.

42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang  telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.

43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999

44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.

45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)

46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)

47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).

48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.

49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.

50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.

Senarai Ar Rahnu & Pajak Gadai

Haa sape Kate Emas Powergold palsu..Masih ragu-ragu lagi dengan ketulenan emas kami? Ni kami sediakan senarai arrahnu / pajak gadai.. ni senarai yg diupdate dikalangn ahli kami yg pnh try pajak..maybe Ade tmpt lain yg msh terima Emas Powergold tp kami xupdate mohon maaf yer..senarai bwh ni cnfrm terima..

List Tempat Terima AGC :

1. ArRahnu Express:
     ✅Gombak(03-61842857)

     ✅Ampang (03-42528662)

2. ArRahnu Express :
    ✅Sg buloh(03-61410139)
    ✅Mydin USJ(0380221408)

3. ArRahnu Koperasi :
    ✅Kelantan

4. ArRahnu Koperasi Felda@ KPF
     ✅Jengka, Pahang (09-4661899)
     ✅K.Terengganu (09-6241899)
     ✅Dungun,Terengganu (09-8452062)
     ✅Ipoh, Perak (05-5252729)
     ✅Semenyih, Selangor (03-87240095)
     ✅Klang, Selangor (03-33422285)
     ✅Seremban, N.9
     ✅Senawang, N.9
     ✅Tumpat, Kelantan
      Goldbar,Dinar & BK

5. ArRahnu Express :(09-5173907)
    ✅Kuantan

6. ArRahnu Primas (under Koprimas)
✅ Jalan Lumut, KL (03-4041 1607)
✅ Bandar Baru Selayang, (03-6138 5875)
✅ Sri Manja, PJ (03-7772 4531),
✅ S18, Shah Alam (03-5545 1627),
✅ Kapar, Klang (03-3250 3270),
✅ Banting, Klang (03-3180 1088) dan
✅ Sitiawan, Perak (05-693 1181).
GB, dinar, syiling, BK

7. ArRahnu Maidam Tganu
✅ Kuala Berang, Tganu
GB 5g keatas
2Dinar shj.

8. ArRahnu Tekun

9. Pajak cino
✅ Seantero Malaya

10. ArRahnu Permodalan Kelantan
✅Pasir Mas
✅Pasir puteh
✅Kota Kinabalu (Api² Centre)
✅Putatan
✅Tawau
✅Kuantan
✅gua musang

11. ArRahnu Maidam Tganu
✅ Jalan Masjid Putih, Tganu
GB, dinar, syiling, BK

12. Koprimas Sec 18 Shah Alam
68% nilai marhun (1st time)
70% (2nd & selanjutnya)
terima gold bar >20g ke bwh,
1gx4pcs sj, ¼ dinarx4pcs sj.

13. ArRahnu Desa Pandan KL
Rm180/g , 70% loan.

14. Ar Rahnu Pej. Pos Kulim
mulai Nov. 2015
terima sebarang emas Jenama Amethyst utk dijual sahaja❗

15. Co-OPBANK PERSATUAN
✅Presint 8, Putrajaya 03-8861 8650
✅Bndr Baru Uda, JB 07-244 6650
✅Alor Setar, Kedah 04-771 7650
✅Butterworth, Penang 04-333 7424
✅NT, Penang 04-593 5004
Terima semua jenis GB
Upah 60¢/100g

16. Pajak Gadai patuh Syariah -Johor shja
✅Pandan
✅Kluang
✅Ulu tiram
✅Masai
✅ Kulai
✅ Pontian
✅ Batu Pahat

UPDATED
31.3.2016

Wednesday, 30 March 2016

Kenapa Penting Menjadi Ahli Powergold

Kenapa penting jadi ahli???
Tak jadi ahli pun boleh kumpul emas per...???

My point of view la...
Kenapa saya pilih untuk daftar sbg ahli...

1. Banyak benefit yg sy dpt sebagai ahli...11 bonus kot menanti ahli yang aktif...

2. Sy ni bkn rajin sangat nak singgah kedai emas pi beli 1 gram...mau tauke kedai tu gelak n malas nak layan...

3. Jadi ahli ni bagi saya kuat semangat nak simpan emas...sikit pun takpe la tiap2 bulan...at least gaji yg dpt ada something..

4. Jadi ahli dapat masuk support group...hushh kat situ mcm2 depa kongsi...makin bersemangat nak simpan emas...org x jadi ahli mana leh join group tu...

5. Jadi ahli...kalau sy cerita or share kat kawan2 ... mcm sy share dlm ni...kalau ada yang terbuka hati nak daftar...boleh la tambah side income saya sikit ����

6. Jadi ahli jugak...xdela saya nyusahkan org kalau nak beli emas...kdg sesetengah org modal tak mau keluar tp mau harga murah...camna tu?? Bila x bagi harga ahli kata berkira ngan kawan2 kan...

7. Jadi demi nak capai hasrat saya...(simpan emas sikit2) dan xmau susahkan diri dan susahkan org lain...saya daftar la sbg ahli...

Anda nak follow cara saya simpan emas...jomlah ...tp xdak paksaan...cuma seronok ooo bila dapat buat apa yang kita nak...

Satu lagi...

8. Keahlian powergold pun xdak expired..xpayah renew...dan takdak paksaan kena maintain beli emas bulan2....ikut suka la nak beli banyak mana...bila kala ka...seronokkan...

Jom sahut seruan...tak banyak pun
#1g1b1keluarga
#jomsimpanemas

Simpan Dinar, Gold Bar Atau Barang Kemas

DINAR, GOLD BAR DAN BARANG KEMAS.

Ini antara persoalan yang bermain di minda seseorang yang baru “Nak simpan dinar, gold bar atau barang kemas ye? Mana yang paling bagus?”

Ramai yang bertanyakan soalan ini apabila ingin memulakan simpanan emas.

Nasihat saya ialah –pelbagaikan bentuk simpanan emas fizikal anda kerana setiap jenis mempunyai kelebihannya sendiri.

TENTANG DINAR

1. Boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah
2. Digunakan untuk membayar zakat
3. Dijadikan hantaran dan mas kawin
4. Cenderamata/hadiah untuk orang yang tersayang
5. Simpan untuk pergi haji
6. Tabungan/simpanan.
7. Dinar dengan syiling emas rupa sama tetapi berbeza dari segi fungsi sebenar.
8. Berat standard dinar ialah 4.25g tetapi syiling emas ada pelbagai jenis berat.
9. Dari segi harga, syiling emas agak mahal jika dibandingkan dengan dinar dan gold bar kerana kos pembuatan lebih tinggi.
10. Ada tempat pajakan @ ar rahnu yang tidak menerima dinar, jadi simpanlah untuk tujuan yang telah disebutkan di atas.

TENTANG GOLD BAR

1. Harganya lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1 gram kerana kos pembuatannya tinggi.
2. Memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata.
3. Pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas dan ingin simpan dalam bentuk jongkong pula.
4. Bentuk fizikalnya lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan/pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya.
5. Sesuai untuk simpanan jangka masa panjang seperti untuk pendidikan anak-anak, perkahwinan, simpanan hari tua, membeli rumah dan lain-lain.
6. Harga gold bar di kedai emas biasanya sama untuk semua, sebagai contoh katakan harga FGJAM ialah RM200g maka harga 10g =RM2000 dan 100g=RM20000
7. Syarikat emas fizikal pula biasanya menawarkan harga yang lebih murah untuk emas yang lebih berat . contoh : RM1800 untuk 10g dan RM16500 untuk 100g Namun begitu, untuk jongkong 1gram, tiada mana-mana institusi yang menawarkan harga murah kerana kos pembuatannya tinggi.
8. Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g), hendak dipotong kecil menjadi 1g, perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali!!Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal. Dan harga gold bar jongkong kecil @ gold bar 1gram keluaran syarikat emas fizikal biasanya murah RM20-RM50 berbanding kedai emas.
9. Tidak banyak tempat pajakan@ ar rahnu yang terima gold bar untuk pajakan, jadi simpanlah untuk tujuan yang disebutkan di atas.

TENTANG BARANG KEMAS

1. Dijadikan barang perhiasan wanita
2. Mudah menarik kaum hawa untuk memilikinya kerana rekaan yang cantik dan kilauan yang memukau.
3. Fungsi 4 dalam 1 – Perhiasan, simpanan, pelaburan dan perniagaan
4. Mudah untuk dapatkan tunai kerana diterima di semua pajakan@ ar rahnu.
5. Barang kemas kini tidak terhad untuk dipakai oleh kaum wanita sahaja, tetapi kaum lelaki juga suka membelinya untuk tujuan simpanan, pelaburan dan bisnes.
6. Dari segi harga, kedai emas biasanya mengenakan upah tukang dan harganya lebih mahal sehingga 20% dari harga emas mentah, manakala syarikat pengeluar emas fizikal menjual barang kemas dengan harga yang sangat murah.
7. Sesuai untuk mereka yang sudah memiliki banyak dinar dan gold bar dan hendak mempelbagaikan bentuk simpanan emas fizikal sebagai salah satu alternatif apabila hendak memajak nanti.
8. Sebaiknya jika untuk simpanan, pilih yang jenis padu dan emas 999 atau emas 916.
9. Elakkan yang mempunyai banyak batu permata
10. Elakkan membeli emas putih kerana susut nilainya mencecah sehingga 70%
11. Ramai menyangkakan emas yang disadur seakan-akan emas putih sebagai emas putih,sebenarnya ia adalah Chrome (lama-lama warnanya akan pudar dan kembali ke warna emas)

Kesimpulannya, setiap jenis dan bentuk emas fizikal yang dihasilkan ada peranannya tersendiri dan sebaiknya pelbagaikan bentuk simpanan.

Usia Bukan Penghalang Untuk Menyimpan Emas

USIA BUKAN PENGHALANG UNTUK MENYIMPAN EMAS

Ustaz Rosli merupakan Pengasas Terapi Islam Nurun Nubuwwah Puncak Alam telah memulakan 1 Gram pertama beliau.

Beliau juga terkenal dengan panggilan Tok Janggut Puncak Alam.

Dalam seronok-seronok berbual, beliau mengatakan yang beliau berhasrat ingin menabung emas 1 gram 1 minggu..

"Apa? 1 Gram 1 Minggu?" "ya... 1 Gram 1 Minggu, In Syaa Allah", jawab Tok Janggut.

Wah..aku ingatkan 1 gram 1 bulan..rupanya 1 gram 1 minggu... TERBAIK lah Tok Janggut Puncak Alam...

Tok Janggut juga mencadangkan isteri dan anak-anaknya menabung Emas.

Sharing Is Caring

Tuesday, 29 March 2016

Sebelum Terlibat Dalam Dunia Emas

SEBELUM TERLIBAT DALAM DUNIA EMAS
.
.
1)tengok modal perniagaan itu..mampu milik atau pun tidak.
.
2)pilih syarikat yang jujur dan amanah..kenali ownernya
.
3)pilih yg mudah dan memudahkan urusan jual beli emas....dunia dah maju....kena renung dalam2 bab ni.
.
4) tengok kegiatan syarikat dan ahli...dari segi perkongsian ilmu emasnya...
.
5)tengok leaders syarikat tu bagaimana dlm mnyampaikn maklumat tentang emas...jgn joint je...kemudian anda hilang arah tuju.
.
6)fikir sejenak...adekah berbaloi jika menyertai syarikat nie ..jgn pakat hentam masuk ajer....
.
7)tengok spread harga beli balik emas dr syarikat tersebut..adekah rendah@tinggi......jgn tengok harga jualannya yg nmpak seakan2 murah...krn spread tuuuuu yang lebih penting yer..
.
8)pastikan syarikat tu mmpunyai kilang sndiri..jika bukan kilang sndiri..maka akan jadi mahal...kerana perlu ambik emas dari supplier lain..
.
9)sy pilih Powergold kerana:
✔ada kilang sndiri
✔kos upah murah
✔pelbagai bonus
✔owner..jujur dan amanah.
✔Syarikat bumiputra islam

1gram 1bulan 1keluarga

Kenapa Kita Perlu Simpan Emas sekarang

Jom kita semak 5 Sebab Kenapa Kita Perlu Simpan Emas sekarang:.-

1/- KESELAMATAN 
==================
 Sedar tak? Wang yg kita simpan di bank akan hilang secara perlahan². Setiap kali nak draw duit, mesti akan dikenakan caj. Kadang² tu bila akaun bank kita tak aktif, pihak bank akan sedut je baki yg ada dlm bank tu.. Pernah kena tak?

2/- PERLINDUNGAN ☔
====================
 Simpanan dlm bentuk wang fiat (syiling & duit kertas yg kita simpan sekarang ni) akan sentiasa di mamah inflasi. Setiap hari nilai duit akan turun. Tengok la nilai RM berbanding USD skrg. Sedih..  

Emas pula kalis inflasi. Nilainya akan semakin meningkat. Yg paling best. Kekayaan kita tidak akan berkurangan jika simpan emas. Sebab tu la raja² suka simpan emas.  Raja kan kaya

3/- MUDAH DICAIRKAN 
======================
 Selain emas, kita juga boleh melabur dlm pasaran saham, hartanah, properti & bon.

Walaubagaimanapun, kesemua jenis pelaburan ini tidak mudah dicairkan. Jika pd satu masa kita amat memerlukan duit, pelaburan jenis ini perlu ambil masa yg panjang utk dijual atau ditukar ke dlm bentuk wang.

 Emas pula sangat mudah dicairkan. Malah anda boleh menukarkannya kedalam bentuk wang  dimana saja seluruh dunia ni. Sebab apa? Sebab permintaan terhadap emas ni memang sentiasa tinggi ⬆⬆terutamanya di kedai² emas,kedai pajak gadai, peminat emas & lain² .

4/- TAHAN LAMA
=================
 Aset seperti rumah,kedai, kereta, surat berharga malah wang kertas akan mudah terbakar atau berendam di dlm air apabila berlakunya bencana alam ☔⚡. Nilainya juga akan hilang.

 Emas pula bersifat tahan pada api & air. Emas hanya akan melebur pada suhu 1083 darjah Celsius. 

5) HAK PEMILIKAN & PENGELOLAAN SENDIRI
=====================================

 Anda beli emas, anda dpt emas, anda pegang emas, anda simpan emas & anda yg menguruskan segalanya. Bukan pihak lain atau pihak ketiga.

 Sama ada anda menyimpannya di rumah atau di peti simpanan (safety deposit), tiada siapa yg mampu menghalang diri anda sendiri utk mengambilnya apabila perlu.

Sekiranya anda ingin memajak atau menjualnya, bagi mendapatkan wang, bila² masa je anda boleh buat.

Namun, sekiranya aset anda dlm bentuk yang lain, ianya mungkin mengambil masa yg lama, mungkin 10 hari bekerja, walaupun dlm keadaan kecemasan, di saat anda memerlukan, kerana ianya tidak mudah dicairkan.

 Lihat sahaja pada tabung insurans atau tabung KWSP anda sendiri sbg contoh, agak sukar utk mengeluarkannya, walaupun ianya untuk pembiayaan ahli keluarga anda yg sedang tenat memerlukan kos pembedahan atau rawatan yg segera. Pelbagai prosedur perlu diikuti. Kemungkinan besar, ada yang meninggal terlebih dahulu, nauzubillah. 

Kelebihan Ar Rahnu Berbanding Pajak Gadau Konvension

Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah:

1. Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)
Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam.

2. Nilai Gadaian Tidak Merosot
Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit daripada sebelum digadai.

3. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan..
Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.

4. Barang Kemas Yang Disimpan Selamat..
Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana, penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian.

5. Caj perkhidmatan Yang Rendah..
Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.

6. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan..
Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.

7. Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah..
Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.

8. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan..
Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.

9. Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya..
Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai.

Monday, 28 March 2016

Kenapa Mesti Tunggu Gaji?

Assalamualaikum ! Selamat petang sahabat² semua..☺

|Edisi Sentap Berapi|

" saya minat sangat la nak simpan Emas , nak join ahli tapi☺ kena tggu gaji dulu la sbb modal tak de lg"

==========================
Serius bagi tau ...
Ayat ni pernah saya guna masa mula² nak simpan Emas di Powergold .

One day , saya pergi seminar Powergold , terngiang kata² sifu  Zamry

Bila ajak simpan emas, join ahli atau ape² la mesti nak kena tunggu gaji .

Dah mana pegi duit gaji yang dah bertahun kerja selama tu ??
Kerja bertahun² nk keluar modal Rm350 pun kena tunggu gaji ?

doh penat kerja jela . Dapat gaji abis gitu. Jadi orang gini la PATUT KENA SIMPAN EMAS ! ✨
Haaa kan dah kena setepek

Haaa nampak tak? nampak tak? Mana pergi duit gaji korang tu ?

Betul jugak , duit kita simpan dalam bank tapinya sesak sikit keluar selalu .

Yela kan , dok dang nak simpan. Dapat gaji dok bayar hutang pahtu harga barang pulak saban tahun naik sokmo !

Abih tu , tak kan kita nak jadi gitu sokmonyee... tak cukup sokmo duit .

Dalam EMAS TU ADA DUIT TAU✔
EMAS harganya akan meningkat naik ⬆ dari tahun ke tahun . ✔

Tak macam duit kertas tu tiap tahun kena hadap inflasi !

Contoh la kan .. Contoh ..☺

Ada org dtg ke kita nk jual lembu masa tu pitih kita pun tengah kurang AL MAKLUMLA BYK SGT BELI EMASS .

So ape boleh buat ??

Ape lagi PAJAK GADAI EMAS dekat AR RAHNU pastu nanti tebus balik emasnya .

Aisseyyy .. Lembu dapat Emas pun dapat

Nak jual emas tu pun tak pe dah hak milik kita kan.

So celah mana ruginya simpan emas fizikal ?? Boleh buat modal time terdesak, untung maa

Saya dah mula
saya dah merasa..
saya hanya nk cerita je

DUIT ANDA PILIHAN ANDA

Perunding Pembelian Emas Online

Born To Inspire
Leader Create Leader

Kaitan Ar Rahnu Dengan Emas

APA KAITAN AR RAHNU DENGAN EMAS??

Ar Rahnu ni BANK punya? Tempat pajak dan gadai kan?

Kenapa ada Ar rahnu yang tidak terima bar, dinar, syiling emas sedangkan  semua Ar Rahnu sama?

1. Ar Rahnu bukan bank, tapi Ar Rahnu ditubuhkan di bawah bank. Sebab itu kita pergi bank, ada bahagian Ar Rahnu. Sebab itu adanya Ar Rahnu Bank Muamalat, Agrobank, Bank Rakyat & lain-lain.

2. Setiap Ar Rahnu TIDAK SAMA.

Ar Rahnu bermaksud pajak gadai Islam.

Ar Rahnu menjadi lebih spesifik dengan ada pemiliknya.
Contohnya :
Ar Rahnu Yapeim ialah milik Yapeim.
Arrahnu Bank Rakyat ialah milik Bank Rakyat dan sebagainya.

Ada juga Ar Rahnu yang ditubuhkan oleh Koperasi dan Kedai Emas
Contohnya :
Ar Rahnu Express dimiliki sepenuhnya oleh Habib, syarikat barangan kemas tempatan terulung di Malaysia

Ar Rahnu Primas dimiliki oleh Koperasi Perdana Nasional Malaysia Berhad
Ar Rahn dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan melalui anak syarikatnya, Permodalan Kelantan Berhad

SOP Ar Rahnu (Sistem pengurusan dan prosedur)
Ar Rahnu memang tidak sama. Setiap Ar Rahnu ada kelebihan & kekurangan masing-masing.
Ada Ar Rahnu yang terima barang kemas sahaja dan tak terima gold coin,dinar atau bar.

Ada Ar Rahnu bekerjasama dengan syarikat yang tertentu sahaja. Maka produk dari syarikat lain tidak diterima.

Antara perbezaan setiap Ar Rahnu adalah:

√ Jenis produk yang boleh digadai
√ Harga Emas
√ Kadar pinjaman
√ Upah simpan
√ Tempoh gadaian
√ Perkhidmatan sampingan: pemeriksaan ketulenan emas.

Ada rungutan/aduan pelanggan yang mengatakan emas yang dibeli mereka tidak laku dan tidak diterima di Ar Rahnu. Perkara tersebut mungkin disebabkan prosedur yang ditetapkan iaitu tidak menerima jenis-jenis produk emas itu sendiri.

Pihak Ar Rahnu juga perlu memelihara kepentingan mereka kerana berisiko tinggi disebabkan banyak kes penipuan bar pada suatu masa dahulu.

Jadi, mereka juga berhak untuk  berhati-hati namun mereka tak pernah cop produk yang mereka tak terima tu sebagai TAK LAKU.

Walaupun mereka tidak terima gadaian, mereka sedia membeli dengan harga buy back sebab↩

Emas tetap EMAS.
EMAS DITERIMA DI SELURUH DUNIA.

Saturday, 26 March 2016

Emas Sebagai Insuran Bencana Kewangan

.
Emas Sebagai Insuran Bencana Kewangan
==================================
.
Kita beli insuran bukan bermaksud kita harapkan musibah berlaku. Tapi kalau ianya berlaku, lazimnya orang yg ada insuran taklah sesusah orang tak ada insuran.
.
Begitu jugalah kita beli emas bukan harapkan wang akan jatuh. Tapi sebagai pelindung pada masa mendatang musibah kejatuhan kewangan tu berlaku.
.
Harapan kita agar dijauhkan musibah sistem kewangan. Kalau duit kertas tak laku, semua orang susah termasuk yg simpan emas.
.
Cuma orang yg simpan emas, kekayaan dia masih kekal sebab emas tu masih mampu MENYIMPAN KEKAYAAN utk digunakan menyara keperluan hidup atau memulakan kehidupan baru.
.
Tuan Azizi Ali (pakar kewangan) sarankan at least 5% - 10% dari kekayaan kita mesti disimpan dlm bentuk emas. (Tetapi saya sarankan diri saya, family dan sesiapa yg nak follow saya supaya simpankan 50% dlm bentuk emas☺)
.
Nak follow? Jom...
.
Di POWERGOLD insyaAllah EMAS dapat DUIT dapat.
.
"ANDA BUAT ANDA DAPAT"

Sketsa Emas & Tanah

Emas boleh beli sikit-sikit..  Klu tanah?? Hehe Jom baca kisah ni

Suami : awk ni tak habis-habis beli emas. Membazir tau tak?

Isteri : Apa nak buat, susah nak berhenti ada org offer murah..

Suami : awk beli emas apa?

Isteri : 916, 999.9

Suami : Sebulan berapa ringgit duit awk habiskan beli emas?

Isteri : RM500 je.

Suami : RM500 JE awk cakap?? Itu baru sebulan tau. Kalau 6 bulan dah RM3000. Kalau setahun tak ke dah RM6000? Awk dah berapa tahun beli emas?

Isteri : (dengan selamba) 5 tahun.

Suami : Tengok tu, 5 tahun. Kiranya awk dah membazir sebanyak RM30,000!

Isteri : Ok lah tu..

Suami : Ok apenye!.. Kalau dulu awk tak mula beli emas, sekarang abang dah boleh beli tanah dah tau..huh..

Isteri : Hmm.. (malas layan)

Kedua-dua mereka terdiam seketika.

Isteri : Awak pulak?

Suami : Saya?

Isteri : Yelah.

Suami : Kenapa dengan saya?

Isteri : Awak beli emas jugak ke?

Suami: saya tak pernah beli emas tau

Isteri : Habis, mana Tanah awak?

Jom simpan emas serendah 0.5 gram.

Emas Bantu Keluarkan Anda Dari Kesempitan

Emas bantu keluarkan anda dari kesempitan
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖

Cemana?

Katakan anda simpan 1g setiap bulan.. Hujung tahun, katakan anda ada 10gram goldbar..

Bulan 12, nak kena beli baju sekolah anak.. G arrahnu/kedai pajak, letak emas kat sana, pinjam RM1000.. G beli baju sekolah anak..

Bulan-bulan, bayar RM200 utk 5 bulan. Bulan ke-5 ambil balik 10gram tadi.. Baju sekolah anak dah beli, emas pun ada balik.. Yayyy..

Bulan 6 pulak, peti ais rosak.. Kalau beli kat Court M ansur-ansur, harga total tu siap boleh beli 3 bijik peti ais baru.. So, lupakan C.M..

10gram tadi masih ada kan? Haa pergi pajak balik.. amek RM1000, beli peti ais baru atau g repair..
Bulan-bulan bayar RM200 selama 5 bulan, amek balik 10gram tadi..
Peti ais dah baru, emas pun still ada..

Ulang je cycle yg sama..
Masalah selesai, emas masih ada..
Zaman skrg ni RM1000 bukan senang2 org nak bg pinjam..
and kita ni jgn biasakan diri meminjam org..

Keluar dari kebiasaan, cuba fikir jalan keluar dari masalah.
Meminjam TAKKAN selesaikan masalah anda. Katakan org yg anda biasa pinjam duit tu mati dah, haaaa jenuh pulak nk g cari org baik mcm org tersebut..

✨✨Fikir-fikirkan dan selamat beramal..

Manipulasi Harga Trading

Manipulasi Harga Trading

JOM KITA KIRA2

SITUASI A.
PEMBELIAN BARANG KEMAS 25G

*Harga emas/g : RM150/g
*Upah yang dikenakan: Rm200
*Jumlah bayaran termasuk upah = (Rm150x25g) + rm200(upah) = rm3950
*Hrg sebenar emas/g setelah ditambah upah adalah : Rm3950÷25g(berat emas) =rm158/g

SITUASI B.
PEMBELIAN BARANG KEMAS 25G

*Harga emas/g : RM155/g
*Upah yang dikenakan: Rm70
*Jumlah bayaran termasuk upah = (Rm155x25g) + rm70(upah) = rm3945
*Hrg sebenar emas/g setelah ditambah upah adalah : Rm3945÷25g(berat emas) =rm157.8/g

SITUASI C.
PEMBELIAN BARANG KEMAS 25G

*Harga emas/g : rm160/g
*Upah yang dikenakan : tiada
*Jumlah bayaran : Rm160x25g = rm4000/g
*Hrg sebenar emas/g TANPA UPAH : Rm4000÷25g= rm160/g

MANA LAGI MURAH?
SHARING IS CARING..

Friday, 25 March 2016

Saving, Trading & Networking

Bagaimana Powergold dapat bantu tambah pendapatan melalui konsep saving, trading & networking?

♥Saving♥

✔Kalau kita jadi Ahli...
✔Kita dah untung...
✔Sbb kita dpt beli EMAS dgn harga murah...
✔Sedangkan kat luar tu mereka terpaksa beli EMAS dgn harga lebih tinggi dgn kualiti dan kuantiti berat yg sama...

♥Trading♥

✔Kalau kita jadi Ahli sbb kita nak buat bisnes EMAS...
✔Jual beli...
✔Kita jugak dah untung...
✔Sbb kita beli dgn Harga Murah...
✔Dan jual dgn Harga Pasaran..
✔Kita dpt keuntungan runcit hingga RM10 pergram...

♥Networking♥

✔Menariknya konsep Networking ni.. membantu kita tingkatkan lagi pendapatan kita...
✔Sebab bila kita ajak rakan yg minat nak menyimpan EMAS menjadi Ahli..kita dpt bonus RM50... Tapi kalau rakan kita menjadi Stokis kita dapat bonus tajaan rm400....
✔Selain itu dapat menambah lebih ramai rakan niaga

Mulakan simpanan emas serendah 0.5g gold coin 999 sekarang

Asuh Diri & Keluarga Celik Emas

ASUH DIRI & KELUARGA CELIK EMAS

Tahukah anda zaman nenek moyang kita dulu pasti ada brg kemas, walaupun x banyak mesti ada 1 set anting² & cincin belah rotan.

Setiap anak perempuan mesti akan ditindikkan & pakaikan subang.

Dulu emas hanya orang yg mampu je boleh beli lebih, siap lengkap pakai seluruh badan.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Alhamdulillah kini kita juga mampu menyimpan sekecil 1 gram setiap bulan.
Dan terkini 0.5gram pun ada.

Gred kedua²nya tu bukan 916 tetapi gred emas paling tinggi iaitu emas 999.9

Harga pulak mampu milik, 1g bawah RM200, 0.5g bwh RM110.

Jika anda jadi Rakan Kongsi Powergold, anda dpt harga jauh lebih rendah lagi.

1 hari mesti kita amat² perlukn duit utk tujuan² penting seperti:-

✼ Anak² melanjutkn pelajaran

✼ Melangsungkn perkahwinan

✼ Bina rumah idaman atau renovate rumah

✼ Membeli rumah

✼ Menunaikan Haji & Umrah

Semua itu perancangan jangka panjang.
Dgn simpanan emas yg kita tabungkan itulah akan membantu pada saat kita perlukan wang.

Jika simpan wang pada masa tu nilai dah makin kecil.
Memandangkn nilainya yg semakin meningkat, EMAS merupakan 1 bentuk simpanan yg terbaik.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

NASIHAT
*******
Kita amat beruntung kerana kita sudah didedahkn dari sekarang.
Jom kita mulakan menyimpan sekurang²nya 1g atau 0.5g sebulan.
Jika mampu simpanlah lebih.

Anda buat, anda dapat.
Kaya dunia, kaya Akhirat.

:: Dapatkan Emas Harga Rendah Dengan Menjadi Agen PowerGold

Sedikit Motivasi

SEDIKIT MOTIVASI

Takut CARI orang ????

Ada org sanggup CARI kerja kosong
Ada org sandggup CARI tin kosong
Ada org sanggup CARI kotak kosong
Ada org sanggup CARI besi buruk

DEMI SESUAP NASI....

Tapi kita
CARI org yg nk ubah hidup
CARI org yg nk byr hutang PTPTN
CARI org yg nk byr hutang kereta
CARI org yg nk byr hutang rumah

Jangan CARI
Org yg malas
Org yg byk alasan
Org yg negatif

Cuba TANYA DIRI kita
Byk mn simpanan aku??
Dah settle ke hutang2 aku??
Kereta aku bank yg punya..
Rumah aku masih sewa..
Bila aku nk tunai umrah??
Bila aku nk ke Mekah??
Byk mn yg aku bg pd MAK & ABAH??

So...apa nk takut CARI org..
Dah mmg bisnes perlukan ORANG..

NAK BERJAYA..Kena RAJIN dan SANGGUP

RAJIN bertanya dan SANGGUP belajar
RAJIN berusaha dan SANGGUP bertindak
Cuma org kita mmg selalu mnjadikn prkataan "cari org" sbg satu konotasi negatif..  jd elok juga kita ganti dgn ungkapan  'cari customer', cari client' atau cari rakankongsi atau rakanniaga..
Wallahu 'alam..

Beli Emas Waktu Ada Duit

Beli Emas waktu Anda Ada Duit. Jangan Tunggu Harga Rendah..
.
.
Jika anda hanya merancang untuk membeli emas pada ketika harga emas rendah sahaja, kemungkinan besar, anda tidak akan membelinya sampai bila-bila.
.
Waktu yang terbaik untuk membeli emas, adalah sewaktu anda mempunyai duit..!!
Bukannya sewaktu harga emas sedang murah..!!
Sebabnya, anda tidak akan tahu bilakah waktunya harga emas sedang benar-benar murah.
.
Dan emas, sudah pastinya tidak akan jadi murah.. sebab.. ianya EMAS!  Bukan besi ��

Jangan ingat bila kita guna duit RM kita untuk beli EMAS, kita telah mengurangkan duit RM simpan kita..

TIDAK!!❗ Hakikatnya kita hanya "convert" duit RM kita tadi kepada matawang EMAS yang lebih bernilai dan sentiasa meningkat harganya..berbanding matawang RM yang semakin menjunam harganya..

So simpan lah EMAS Fizikal dari sekarang..
��1Gram 1Bulan 1Keluarga��

Rugi Tidak Menyimpan Emas

4 SEBAB RUGI TIDAK MENYIMPAN EMAS :

1. HARGA EMAS AKAN NAIK DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG
Harga emas turun dan naik dalam jangka masa pendek itu biasa. Tak logik harga emas naik tak turun. Biasanya turun sedikit dan sekejap tetapi naik dengan banyak.

2. EMAS ADALAH DUIT SEBENAR
Daripada simpan duit kertas, lebih baik simpan emas✨.

3. HARGA BARANG NAIK, HARGA EMAS TURUT SAMA NAIK
Orang yang simpan emas akan selamat dari inflasi sebab emas mengekalkan kuasa belinya.

4. HARGA EMAS TIDAK AKAN JATUH LINGKUP MACAM SAHAM
Belum pernah ada dalam sejarah orang bankrap sebab simpanan emas, tetapi terlalu banyak orang bankrap sebab simpan duit kertas.

So,mana yang lebih secure sebenarnya??Simpanan wang fiat ke simpanan emas??

Jom simpan emas

Thursday, 24 March 2016

Pilih Yang Mana Terbaik Untuk Anda

Ramai yang tanya saya yang mana satu lebih baik, antara POWERGOLD dan PUBLIC GOLD antara POWERGOLD dan ZENITH GOLD, antara POWERGOLD dan SYARIKAT EMAS LAIN. Dia kata nak join, tapi tak tahu yang mana satu bagus.

Saya tanya dia, tuan pakai kereta jenis apa tuan? Dia jawab, saya pakai Exora. Saya tanya dia, yang mana satu bagus Exora ke Kancil. Dia terus jawab, tentulah exora, sebab dia besar, boleh isi ramai orang, bla bla bla

Saya kata kat dia, saya baru lepas tanya pada seorang yang pakai kancil, saya tanya dia yang mana satu bagus antara Exora ke Kancil? Dia jawab, dah tentulah kancil, kecil, senang parking, mudah nak jaga, senang nak cilok-cilok, maintainance rendah bla bla bla

Jadi kalau tujuan tuan nak pilih mana yang bagus, saya cadangkan jangan tanya soalan yang tidak membawa kepada yang terbaik untuk diri sendiri.

Saya cadangkan, jika anda nak tahu mengenai POWERGOLD jumpa orang yang aktif buat powergold, dah tanya dia, apa yang ada dalam powergold ini, dan anda simpan dahulu data tersebut.

Jika anda ingin tahu mengenai Public Gold, tanya orang yang aktif buat Public Gold, dah tanya dia, apa yang ada dalam Public Gold ini, dan anda simpan dahulu data tersebut.

Jika anda ingin tahu mengenai Syarikat emas lain, tanya orang yang aktif buat syarikat emas lain dah tanya dia, apa yang ada dalam syarikat emas lain ni, dan anda simpan dahulu data tersebut.

Kemudian kaji sendiri, dan buat keputusan sendiri. Jadilah orang yang bertanggung jawab kepada keputusan sendiri supaya anda tidak menyalahkan orang lain diatas keputusan yang anda buat sekiranya anda gagal dikemudian hari.

Jika ingin bertanya, bertanya pada yang ahlinya, kerana jika sesuatu itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah masa kehancurannya.

Agak2kan, kalau dekat stadium bola tu, ada perlawanan antara JDT dengan Selangor, cuma anda pergi ke sebelah penyokong fanatik Selangor, dan cuba tanya satu soalan cerdik seperti ini, "Agak2 encik la, mana bagus Selangor ke JDT?"

agak2 apa jawapannya, sebab saya tak tahu nak duduk kat bangku mana ni.

Sy fokus pd POWERGOLD.
Terima Kasih

Dinar, Gold Bar @ Barang Kemas

❤DINAR
GOLD BAR
BARANG KEMAS.

Ini antara persoalan yang bermain di minda seseorang yang baru “Nak simpan dinar, gold bar atau barang kemas ye? Mana yang paling bagus?”

Ramai yang bertanyakan soalan ini apabila ingin memulakan simpanan emas.

Nasihat saya ialah –pelbagaikan bentuk simpanan emas fizikal anda kerana setiap jenis mempunyai kelebihannya sendiri.

❤DINAR ❤

1. Boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah
2. Digunakan untuk membayar zakat
3. Dijadikan hantaran dan mas kawin
4. Cenderamata/hadiah untuk orang yang tersayang
5. Simpan untuk pergi haji
6. Tabungan/simpanan.
7. Dinar dengan syiling emas rupa sama tetapi berbeza dari segi fungsi sebenar.
8. Berat standard dinar ialah 4.25g tetapi syiling emas ada pelbagai jenis berat.
9. Dari segi harga, syiling emas agak mahal jika dibandingkan dengan dinar dan gold bar kerana kos pembuatan lebih tinggi.
10. Ada tempat pajakan @ ar rahnu yang tidak menerima dinar, jadi simpanlah untuk tujuan yang telah disebutkan di atas.

GOLD BAR

1. Harganya lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1 gram kerana kos pembuatannya tinggi.
2. Memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata.
3. Pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas dan ingin simpan dalam bentuk jongkong pula.
4. Bentuk fizikalnya lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan/pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya.
5. Sesuai untuk simpanan jangka masa panjang seperti untuk pendidikan anak-anak, perkahwinan, simpanan hari tua, membeli rumah dan lain-lain.
6. Harga gold bar di kedai emas biasanya sama untuk semua, sebagai contoh katakan harga FGJAM ialah RM200g maka harga 10g =RM2000 dan 100g=RM20000
7. Syarikat emas fizikal pula biasanya menawarkan harga yang lebih murah untuk emas yang lebih berat . contoh : RM1800 untuk 10g dan RM16500 untuk 100g Namun begitu, untuk jongkong 1gram, tiada mana-mana institusi yang menawarkan harga murah kerana kos pembuatannya tinggi.
8. Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g), hendak dipotong kecil menjadi 1g, perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali. Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal. Dan harga gold bar jongkong kecil @ gold bar 1gram keluaran syarikat emas fizikal biasanya murah RM20-RM50 berbanding kedai emas.
9. Tidak banyak tempat pajakan@ ar rahnu yang terima gold bar untuk pajakan, jadi simpanlah untuk tujuan yang disebutkan di atas.

BARANG KEMAS

1. Dijadikan barang perhiasan wanita
2. Mudah menarik kaum hawa untuk memilikinya kerana rekaan yang cantik dan kilauan yang memukau.
3. Fungsi 4 dalam 1 – Perhiasan, simpanan, pelaburan dan perniagaan
4. Mudah untuk dapatkan tunai kerana diterima di semua pajakan@ ar rahnu.
5. Barang kemas kini tidak terhad untuk dipakai oleh kaum wanita sahaja, tetapi kaum lelaki juga suka membelinya untuk tujuan simpanan, pelaburan dan bisnes.
6. Dari segi harga, kedai emas biasanya mengenakan upah tukang dan harganya lebih mahal sehingga 20% dari harga emas mentah, manakala syarikat pengeluar emas fizikal menjual barang kemas dengan harga yang sangat murah.
7. Sesuai untuk mereka yang sudah memiliki banyak dinar dan gold bar dan hendak mempelbagaikan bentuk simpanan emas fizikal sebagai salah satu alternatif apabila hendak memajak nanti.
8. Sebaiknya jika untuk simpanan, pilih yang jenis padu dan emas 999 atau emas 916.
9. Elakkan yang mempunyai banyak batu permata
10. Elakkan membeli emas putih kerana susut nilainya mencecah sehingga 70%
11. Ramai menyangkakan emas yang disadur seakan-akan emas putih sebagai emas putih,sebenarnya ia adalah Chrome (lama-lama warnanya akan pudar dan kembali ke warna emas)

Kesimpulannya, setiap jenis dan bentuk emas fizikal yang dihasilkan ada peranannya tersendiri dan sebaiknya pelbagaikan bentuk simpanan.

3 Cara Menjana Pendapatan

Di POWERGOLD ADE 3⃣ CARA YANG SANGAT MUDAH MENJANA INCOME✅✅

1⃣ SIMPAN UTK DIRI SENDIRI
-simpan emas. Simpan emas ni blh melalui gold bar dinar dan barang kemas... kita di powergold menggalakan org ramai utk saving emas.. beli la emas 1g utk 1bulan.. x rugi sikit habuk pun ada emas ni. G mana mana pun laku. G vietnam ke, singapore ke... x ada duit. Trade in je emas tu.. akan di nilai mengikut tempat tu. Kalo malaysia malaysia la. Kalo negara luar ikut hrga semasa kat sana la...✅✅✅

2⃣JUAL BELI EMAS
- jual beli emas. Bila da jadi ahli secara auto dapat dgn kelebihan sebagai ahli.. akan dapat hrga dari kilang. Jual dgn hrga pasaran.. yg jual hrga pasaran tu atas kita sendiri la nk letak brapa /gram...  kita manage sendiri jualan kita... sebagai contoh.Ahli beli dgn hrga rm147/g jual dgn hrga rm150/g.. tu CONTOH. Barang semua ada di katalog.. untung runcit kita dapat. Bonus belian pun da dpat.. X PERLU SIMPAN STOK!! Syrikat akan pos ke pada cust.. JIKA BARANG X SAMPAI COMPANY AKAN TANGGUNG!!

3⃣ BERKONGSIAN/SHARING IS CARING (NETWOKING)
- selepas buat saving emas. Kita ada emas.. tunjukkan kepada kawan2 share kan ke saing2 sahabat tu. Kita ada emas... yg 1g emas 999... bila ada tajaan... syarikat akan bg lagi Bonus. Orang klate paggil ngupoh.. sbb perkenalkan powergold kepada org ramai. Bahasa Bank Rakyat plak PDP Pelanggan Dapat Pelanggan..  compny bg bonus ikut pakej yg dia ambik.. rm40- 400 bonus yg di bagi..

Cast & Minted

Ilmu baru!

Tahukah kita? Gold bar ada 2 jenis: cast and minted.

Yg mcm biskut tu jnis cast,,, powergold  jnis minted sbb tu cantik..n powergold xkenekn caj pn..

Cast gold - rupanya agak hodoh, n kos pembuatannya sgt rendah -- keluar relau masuk dlm acuan, stamp no siri... setel. .

Minted gold - menjalani process tambahan -- pertama, minting untuk bentuk dia yg cantik dan kedua, packaging dlm kad plastik -- semakin kecil gold bar tu makin mahal kos pembuatan.

Wallahu a'lam.

Simpan Emas Di mana?

soalan typical bila ajak simpan emas 

Weh nanti emas aku nak simpan kat mana? Tak hilang ke banyak banyak? Nanti rumah aku kena rompak macam mana?

Sebenarnya bnyak je cara nak simpan emas...

✔ SAFE DEPOSIT BOX.
Anda boleh sewa di mana mana cawangan bank yg ada sediakan perkhidmatan safe deposit box utk emas.

✔ Simpan di AR RAHNU.
Ar Rahnu tidak sediakan khidmat menyimpan emas tapi anda boleh guna cara menggadai emas anda. Jangan pakai tau duit gadaian. Kalau pakai pun guna utk beli emas je. cara ni boleh utk org yg disiplin

✔ Simpan jelah kat RUMAH haaa.
Simpan dalam peti sejuk ke, bawah bantal ke, belakang frame gambar ke. Jangan bagitau org sudah.

✔ SAFETY BOX di RUMAH/PETI BESI.
Beli safety box sendiri , kunci bebaik. Jangan hilangkan kunci or lupa kod pulak

✔ GOLDBAR HOLDER.
Ha simpan dalam tu. ala lebih kurang wallet gak. Bawak kehulu hilir. Dijamin. dgn syarat anda tak cuai la.

Itu sahaja tips dari saya Kakmas @ Suteraqaseh.

7 Langkah Permulaan Untuk Menyimpan Emas

7 Langkah Permulaan Untuk menyimpan EMAS.

1. NIAT
Bila dah pasang niat insyaAllah Allah mudahkan jalannya.

2. MENUNTUT ELMU.
Cuba join group khas simpan emas. Contohnya group ini. Hehe. Banyak sangat info yang boleh kita dapat setiap hari.

3. TANYA PADA ORANG YANG BETUL.
Jangan tersilap langkah konon2 nak melabur sangat akhirnya terperangkap dengan pelaburan bukan². Macam Powergold , menawarkan emas fizikal serendah 1gram. Beli Emas Dapat Emaa.

4. ASING SIAP² DUIT SIMPANAN.
Nak beli emas kena ada duit juga. Jadi nak tak nak, paksa diri untuk menyimpan. Simpan emas lebih bagus sebenarnya.

5. MEMBELI PADA ORG YG BETUL.
Carilah penjual yang sah berdaftar dengan mana² syarikat yang sah. Confirm kan dulu keahliannya. Sekarang ramai orang menipu.

6. BELI EMAS SIKIT² IKUT KEMAMPUAN.
Bila kita ada wang sedikit, cepat² tukarkan kepada emas. Powergold menawarkan pembelian emas serendah 0.5 gram.

7. SIMPAN DI TEMPAT YG TIDAK DIJANGKA.
Okey, yang ni tolong jangan bagitahu orang dimana tempat kamu menyimpannya.

Semoga bermanfaat.

MULAKAN SIMPANAN ANDA HARI INI.

TUKARKAN SEDIKIT WANG ANDA KEPADA EMAS SEBAGAI SIMPANAN JANGKA PANJANG.

Wednesday, 23 March 2016

Kisah Seorang Tentera

Syukur Power Gold telah merubah kehidupan sedikit demi sedikit...
.
Menggunakan usename Miejutawangold...
Aku seorang tentera yg ingin membuktikan kpda kawan2 lain bahawa Part time di Powergold.biz juga boleh memberi kejayaan spt org2 lain yg telah berjaya mencipta 5 angka..
.
Genap 16.3.16 bermakna adalah tahun terakhir dalam tentera..
Genap 15.3.17 tamatlah perkhidmatan dlm Tentera selama 12 tahun..
.
Pelbagai suka duka kehidupan yg telah ditempuhi..
Untuk berjaya kita perlu usaha...
Sediakan platform sebelum membuat keputusan..
.
Kawan2 yg masih bekerja teruskan perkhidmatan anda..sebelum tamatkn perkhidmatan nanti pilihlah satu bidang yg boleh menjana income utk anda kelak..kehidupan semakin mencabar..
.
Cukupkah RM2500 semasa pencen nanti..???
Hutang rumah RM1000..
Kereta rm 500...
Belanja anak sekolah 3 org x 200 = RM600
Belanja dapur rm 300..
Dimanakah simpanan kita...???
.
Cuba renungkan dan pikir dalam2 wahai teman..
.
Kerja 10 tahun..15 tahun...20 tahun..simpanan RM1000 2000 pon tiada..realiti kehidupan..
.
Adakanlah simpanan utk diri sendiri di waktu diperlukan..buangkan amalan gali lubang tutup lubang..
.
Simpanlah 1g Emas Gold bar 1 bulan sebagai aset..
Simpan 5 tahun sudah ada 60g emas...
.
10 tahun lepas 2006 emas beharga RM90..
Sekarang tahun 2016 RM200..
Mugkin 5 tahun lagi menjadi RM400 per gram.
.
Inilah yg dikatakan simpanan bijak untuk masa depan.
.
Saya hanya cerita perkara yg bermanfaat...
anda nilaikan sendiri..
Kehidupan hari ini kita yg mencorakkan..
.
Jom bina ekonomi utk masa depan yang lebih terjamin...
.
Kawan2...tolong doakan kejayaan saya yer..
Sesungguhnya sesuatu kejayaan adalah dari DOA kawan2 di sekeliling..
.
Terima kasihhhhhh kawan....

By Sjn Zaimi Hanafi

Gold Bar Atau Barang Kemas?

Sebagai seorang wanita, apa PILIHAN simpanan emas anda?

Gold bar (999) @ Barang Kemas (916)?

Kenapa???

Pilihan saya ialah Gold bar 999 kerana↩

1. SUSUT NILAI YANG RENDAH.

Emas 999-Beli 1g RM188 dgn harga ahli. Jual balik RM176. Susut nilai RM12.

Emas 916-Beli 1g RM171 dgn harga ahli. Jual balik RM146. Susut nilai RM25.

2. TAK ADA HARGA UPAH.

Emas 999- tak ada harga upah.

Emas 916-ada harga upah.

Sila ambil perhatian, beli barang kemas dgn nilai upah contoh RM200, bila nak jual balik confirm2 nilai upah tu hangus. Emas 999 xde hangus apa² pun.

3. DAPAT NILAI TINGGI MASA JUAL DAN PAJAK.

Emas 999.. dpt nilai tinggi sebab xde jumlah hangus seperti harga upah.

Emas 916.. dpt nilai rendah sebab dah hangus beberapa % pada harga upah.

4. CEPAT DAPAT UNTUNG BILA BUAT SIMPANAN UNTUK PELABURAN.

Emas 999.. saya beli 1 dinar 29hb Jan harga RM719.80. Hari ni dah boleh jual dengan harga RM735.30. Dalam masa satu bulan, saya untung RM15.50. itu saya beli 1 dinar. Kalau beli 10 dinar? Saya untung RM155.

Emas 916.. 1 Feb lepas.. saya beli 1 cincin..
berat 2.21g x rm162( harga emas jual hari tu) =rm358
Rm358+50(upah)= 408.

Sekarang bila saya nak jual balik. 2.21gxRm146 (nilai emas beli balik hari ini)=RM322.60. Saya rugi RM85.34.

Nampak x nilai upah Rm50 tadi hangus?

Anda hadam & simpulkan apa yang saya nk sampaikan. Ini harga, untung & rugi dengan menjadi ahli.

Kalau jadi ahli, anda boleh kurangkan kerugian & tingkatkan keuntungan.

Anda x percaya? Anda mahukan statistik harga emas? Anda PM saya.

Panduan Mengesan Emas Palsu

PANDUAN MENGESAN EMAS PALSU

-Pakai Barang kemas itu sekurang-kurangnya sehari. Klau kita dapat sebarang tanda pada kulit atau perubahan warna, emas itu mungkin palsu

-Cucukkan jarum dengan lembut pada emas yg ingin diuji. Jika jarum tidak patah, emas kita mungkin tulen kerana emas bersifat lembut

-Letakkan barang kemas hampir kepada magnet, emas tulen tidak mempunyai sebarangsifat tarikan magnet. Petua ini sesuai untuk emas BESAR dan TEBAL seperti Jongkong emas dll. Jika kita rasa barang kemas seperti melekat pada magnet berkenaan, ia adalah palsu.

-Kalau barang kita berupa rantai atau gelang boleh diputar, DENGAN LEMBUT & PERLAHAN cuba pulas barang kemas itu. Ia seakan-akanboleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan pada emas 14 karat ke bawah)

-Cuba tengok pada CANGKUK @ PENYAMBUNG EMAS, kualiti emas ditanda seperti 999, 916 dan sbagainya. Ada juga bentuk seperti gambarajah orang berlari dan bentuk rumah sebagai tanda kualiti emas.Kebiasaanya emas ini di jual oleh peniaga Cina.

-Jika ditandai seperti GP (Gold Plated-Saduran Emas) atau ZGP (Zhulian), ia bermaksud emas celup. Tanda bertindan atau banyak berkemungkinan adalah PALSU.

-Kalau anda tidak sayang pada emas anda, cuba toreh ia pada batu hitam berkali-kali. Lihat sama ada warna emas bertukar kepada putih berkilat seperti warna perak atau kekal. Hanya 2 logam yang menghasilkan torehan kuning iaitu emas & tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan warna kuning.

-Emas tidak mempunyai bau. Cuba gosok emas anda pada seluar jeans sehingga panas & dapatkan baunya. Jika besi, baunya seakan bau ferum (bau ikan), emas tidak punyai bau.

-Jika ia JONGKONG yg ditulis berat padanya, sila timbang beratnya skali lg, MESTI TEPAT bacaan. Biasanya, jongkong palsu tidak mempunyai berat tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen namun, menggunakan logam lain. Emas adalah logam paling padu dan tiada logam lain mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz sama.

-Pernah tengok filem koboi..? Cara mereka menguji ketulenan emas adalah menggigit emas untuk mengesah ketulenannya. Ia mungkin sedikit fiksyen namun cara ini betul. Sifat emas tulen lembut dan apabila cuba menggigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras tidak seperti anda gigit batang paip. Yang penting, PASTIKAN GIGI ANDA ADA & CUKUP KUAT ya

Apa Itu Goldbar

Apa tu goldbar?
Goldbar adalah jongkong emas yang dihasilkan dalam saiz berat yang lebih kecil, ketulenan goldbar keluaran Powergold adalah 999.9

Kenapa perlu simpan goldbar?
Spread jual beli goldbar lebih kecil dari barang kemas, kebiasaan spread goldbar 10-15% manakala susut nilai barang kemas 20-25% dari harga semasa, ini bermakna simpan goldbar lebih untung dari simpan barang kemas. Maksud spread adalah kadar perbezaan harga jual beli emas, dari perbezaan harga jual beli itulah syarikat emas membuat keuntungan sama seperti money changer yang membuat pertukaran matawang

Kenapa perlu simpan emas sekecil 1 gram ?
1) Kita tak perlu kumpul duit berbulan-bulan lamanya untuk dapatkan berat yang lebih dan saiz yang lebih besar. Ramai antara kita termasuk saya bukan ada duit yang banyak untuk dapatkan emas seperti begitu berat dan besar sekali gus. Mesti nak kena kumpul duit dulu. Jadi, sekarang kita tak perlu tertunggu-tunggu lagi untuk membelinya. Pendapatan tetap yang kita dapat setiap bulan tu bolehla kita tukarkan dengan emas serta merta, bukankah begitu tuan-tuan & puan-puan

2) Mudah dan mampu dimiliki, ramai yang membuat simpanan wang untuk membeli emas yang lebih berat, tahukah anda dalam tempoh menunggu itu anda kerugian kerana harga emas sentiasa naik dari masa ke semasa. Kita akan terlepas untuk dapatkan harga rendah untuk setiap gram emas . Senang cerita, cukuplah sekadar memiliki emas dengan berat yang kecil dengan harga murah daripada nak tunggu duit cukup untuk beli emas yang lebih berat dan besar.
3) Kita boleh istiqomah setiap bulan menyimpan emas biarpun dengan jumlah berat yang kecil. Sebab kita tidak perlu modal yang banyak. Simpan sikit-sikit,lama-lama jadi membukit juga. jadi mulakah hari ini dan jadikan sebagai simpanan bulanan

Berminat? Hubungi 012-346 5145

Tuesday, 22 March 2016

Formula Ada Simpanan Emas

[FORMULA ASAS SIMPANAN EMAS]
.
ADA DUIT + BELI EMAS + TAK ADA DUIT PERGI PAJAK = DAPAT DUIT - TEBUS = DAPAT EMAS BALIK + BOLEH PAJAK LAGI
.
Bandingkan jika anda membuat pinjaman peribadi..
.
DAPAT DUIT - DUIT DIGUNAKAN - BAYAR BULANAN - KALAU NAK DUIT LAGI = HUTANG LAGI
.
**Fahami betul2 adakah rugi simpan #emasfizikal?..
.
**Jadi?..adakah kita perlu tunggu lagi?..ayuh mula simpan #emas..
.
**Mulakan dengan 1gram ke 100gram ke 1kilo..
.
**Agent/stokis seluruh negara diperlukan..

Selamat Datang Ke Powergold

Selamat Datang Ke Powergold
Pembekal utama Gold Bar
Powergold adalah syarikat pengeluar dan pembekal utama Gold Bar. Syarikat menawarkan harga TERBAIK dan samping itu menyediakan peluang perniagaan Emas dengan modal yang sangat Minimum!

Perniagaan Powergold adalah membeli dan menjual emas pada harga kilang. Produk powergold terdiri dari Gold Bar, Dinar dan Barang Kemas. Matlamat utama syarikat membudayakan Rakyat Malaysia atau lain-lain Negara menyimpan Emas sekurangnya 1 gram setiap 1 bulan

Powergold juga bersedia untuk membantu usahawan baru untuk menceburi bidang perniagaan Emas hanya secara Online. Inilah peluang terbaik untuk kita menjadi usahawan Emas Online tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar dan kos selenggara bulanan yang tinggi, hanya gunakan kuasa di hujung jari tanpa sempadan

Sesiapa berminat utk mengetahui lbh lanjut ttg jual beli emas.. Blh hubungi

012-346 5143 Ina Sa'at
012-346 5145 Ramli

Tauke Emas Berdaftar

"NAK JADI TAUKE EMAS BERDAFTAR?"

❎Tak payah modal sampai RM500 000.
❎Tak payah ada kedai.
❎Tak payah ada pekerja.
❎Tak payah gaduh² nak buka & tutup kedai.
❎Tak payah simpan stok emas.
❎Tak payah ada pak guard pegang M16.

TAPI ANDA HANYA PERLU RM350/RM450/RM3800 JEee...UNTUK JADI EJEN/STOKIS BERDAFTAR.

Selain dapat hadiah EMAS 999.9 PERCUMA, anda juga akan dpt↩

➕ Pembelian emas 999.9 & 916 dgn  harga MURAH(harga agent)
➕ Website sendiri / kedai emas online sendiri
➕ Seminar & latihan
➕ UNTUNG runcit Rm6-Rm20 per gram
➕ BONUS sponsor
➕ BONUS jualan peribadi
➕ BONUS pembelian peribadi
➕ BONUS jualan rakan niaga(rakan hati)
➕Tambah kenalan² hebat

Jom buka kdai emas on9 sendiri.
Jom berubah demi masa depan.

Nak jadi dorpship emas ONLINE, kena DAFTAR SEKALI SAHAJA SEUMUR HIDUP. Ikut pakej mana yg berkenan di hati ya. Dah daftar nanti dpt emas free & bonus yg akn masuk terus dlm  akaun bank.

Berminat untuk daftar keahlian @ buat belian emas?

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Selepas Mendaftar Sebagai Ahli

APA YANG PATUT ANDA LAKUKAN SELEPAS MENJADI AHLI POWERGOLD???

Anda boleh mulakan aktiviti  SIMPANAN EMAS @ untuk menjana pendapatan sampingan melalui TRADING & NETWORKING.

SAVING
Membeli & Menyimpan EMAS sekurang²nya 1g 1bulan.

Simpanlah emas untuk masa depan anda dan keluarga bila ada kecemasan insyaAllah membantu anda dlm kesusahan.

Emas juga boleh dijadikan tabungan pendidikan untuk anak² kita bila besar nanti. Tak perlulah nak pinjam PTPTN lagi.

" Ada duit x semestinya ada emas tapi ada emas sah² anda ada duit " ..

TRADING & NETWORKING BAGI AHLI YG INGIN BUAT BIZ

TRADING
Beli emas dgn harga ahli, jual pada harga runcit. Keuntungan terus dapat kpd puan/encik dari hasil jualan. Stok syarikat sediakan. Kita jual melalui web promosi & katalog www.agc2u.com

Boleh promote kepada saudara mara, kawan² & sesiapa shj yg berminat dgn emas. Ambil order &  buat payment kpd syarikat.

Penghantaran syarikat uruskan. Jika berlaku kehilangan @ brg x sampai syarikat akan byr ganti rugi.

NETWORKING
Encik/Puan/Cik boleh sharing kpd kawan², saudara mara @ sesiapa saja yg berminat berniaga emas utk join ahli.

Setiap kemasukan ahli baru, syarikat akan membayar bonus seperti berikut⤵

BONUS SPONSOR (tajaan pakej)
✨Gold Coin (RM350) akan dapat RM40
✨Gold Produk (RM380) akan dapat RM40
✨Solid gold ( RM450) akan dpt RM50.
✨Super PowerGold (RM3800) akan dapat RM400.

BONUS PAIRING
✨bagi pakej rm350 -  jika berlaku pasangan anda dapat RM30. Max bayaran RM450 sehari / 15 pasangan.
✨bagi pakej RM380 -  jika berlaku pasangan anda dapat RM30. Max bayaran RM450 sehari / 15 pasangan.
✨bagi pakej RM450 - jika berlaku pasangan anda dapat RM30. max bayaran RM600 sehari / 20 pasangan.
✨bagi pakej RM3800 - jika berlaku pasangan anda dapat RM30. Max bayaran RM2100 sehari / 70 pasangan.

BONUS MATCHING
✨pakej RM350 -  1 level 10%
✨pakej RM380 -  1 level 10%
✨pakej RM450 - 1 level 10%
✨pakej RM3800 - 1-5 level 33%

BONUS BELIAN
✨setiap belian dgn syarikat akan mendapat bonus repurchase RM1/gram.

PILIHAN DI TANGAN ANDA.

ANDA BUAT ANDA DAPAT!

Monday, 21 March 2016

Soalan2 Yang Biasa Ditanya

Soalan2 yg biasa ditanya:

1. Emas? Nak buat apa dgn emas?
2. Ini emas betul ke?
3. Syarikat kat mna?
4. Macam mna pelaburan ni?
5. Beli ansuran bleh tak?
6. Awak dok mna ?
7. Kalau saya nak labur dlm 10k bleh tak?
8. Harga emas hari ni berapa?
9. Join ahli rm450. Tp dpt suku dinar 1.0625gram je. Duit lebih tu buat ape?
10. Klu pos tak hilang ke?
11. Nanti tiap2 bln beli emas... nk simpan kt ner?
12. Dftr ahli rm450 ni tiap2 bln pwrgold bg bnus ke?
13. Emas btul ke..tak palsu ke?
14. Tak best la tgk dlm gambar fon je..sdp tgk brg tgn..blh belek2., pegang2
15. Emas tulen ke? Boleh jual di pajak gadai ?
16. Sykt emas awak ni ade panel syariah tak?

.... jom jwb sm2...

jawapan

1- Saving EMAS untung 20%-40% setahun vs WANG hanya 4%-8% setahun.
  Trading- untung rm10.00-20.00  terus ke poket sendiri. dpt bonus lagi sykt bagi.

2- Emas tulen 916/999.9

3- Syarikat kat KULIM KEDAH. kilang kat Bukit Mertajam Penang.

4- Beli & simpan

5- Tak boleh ansuran.
jualan tunai sahaja.

6- Boleh berhubung melalui wasap. kami juga ada agent yg sah 1 Malaysia.

7- PWG bukan skim pelaburan. kami sistem saving, trading & networking. cukup lah bermula dgn 1g,5g,10g,20g  goldbar.

8- emas 916 rm 170/g
   Emas 999.9 rm 187
Yg termurah di pasaran.

9- join rm450+rm7.00(pos) ini cas join ahli, bukan hrga emas yg 1g tu ye.

10- brg tak hilang. jika hilang sykt ganti.(selepas siasatan dibuat)

11- boleh simpan kt safety bank @ simpan sendiri je.

12- tak de bonus jika tiada pmbelian @ tak buat kerja. PWG bukan skim 4D (duduk diam dapat duit)

13- emas tulen. jika tak tulen anda boleh buat laporan polis atas kesalahan menipu dlm perniagaan.

14- best lah smua di hujung jari. nama pun biz online. jimat masa & jimat kos kenderaaan.

15- 100% Emas tulen. boleh jual di mana2 kedai emas, PWG.

16- PWG tiada panel syariah. tapi urusan jual beli ada akadnya. anda byr anda dpt brg. perlukah panel syariah untuk jual beli yg sah & halal?

Takut Sertai Powergold?

Saya tahu mesti ada antara korang takut nk daftar POWERGOLD kan?

Macam² fikir ..

Siapa nak beli ?
nk jual kat spe?
Saya pemalu la ..
Saya segan la ..
saya tak reti bisnes..
Kalau org pm nak cakap apa ..?

Nak tau sesuatu tak?
dulu saya ni tak aktif sgt pon fb sume ni..
Nak up status pun tak de keyakinan..
nk like status org pun tak pandai tau!!!

tapi, saya daftar jugak POWERGOLD.

Redah je ..peduli apa!!! lantak la.. yakin, kalau usaha mesti ada hasil inshallah !!!

Mula² post kat FB  tentang POWERGOLD..masa tu sume org tak pandang

Memang krik krik je ..maximum 5 likes je kot..komen pun tak de tau uolls ..mcm mane nk dpt customer lau gitu???

tp saya tetap berusaha..
bulan pertama tu zaman maki hamun caci maki mak nenek bagai boleh  dpt..
buat tak tau je.. adat la tu kan,
baru nk up..siapa nk pandang?

alhamdulillah..
dari hari ke hari , bulan ke bulan Allah bantu, semua makin smooth je ..

sekarang saya dah tak menang tangan nak handle customer..
Lagi² masa harga emas tgh turun dan masa harga nak naik ..

sampai hp dah bape kali tukar
Dah bape kali jem. Dah bape kali hang n buat hal .. terima kasih HP Kerana sabar bersama saya .

so, anda jangan fikir buat bisnes ni mula² nak untung...

BISNES ni mula² kena bina nama dulu, bagi org kenal kita ..
Bagi org tau kita tokey emas
Jual emas ,
Hari2 buka la kedai online kita tu..

kita kena KUAT
Bisnes powergold ni inshallah
Anda buat baru anda dapat..

setakat nk ckp je..
Usaha tak nampak  tak jadi juga.

org tak pandang,
org tak layan,
org maki hamun caci hina ,
Jangan sentap jangan meroyan...
tebalkan muka,
tabahkan hati,
Teruskan USAHA...
insyaAllah Allah bantu..

TQ ALLAH

berfikir tidak memberi apa2..
bermula sudah tentu ada hasilnya!!! ❤❤

Stokis Powergold

Langkah Pertama Selepas Menjadi Ahli Powergold

APA LANGKAH PERTAMA SELEPAS MENJADI AHLI POWERGOLD (Ahli Biasa/Ejen/Stokis) ???

1. Kenali lebih dekat company yang anda sertai.

2. Tahu perkara basic, cara membeli /menempah produk,cara menjual balik, cara mendapat keuntungan dan sebagainya.

3. Kenal pasti apa matlamat anda, adakah menjadi pengedar dengan tujuan menyimpan untuk diri sendiri atau sambil ingin menjana pendapatan.

4. Susun strategi mengikut matlamat yang ingin anda capai. Sebagai contoh,jika ingin menyimpan sambil menjana pendapatan, anda haruslah ada sikap untuk belajar dan terus belajar selok belok perniagaan emas dan disertai tindakan

5.Terus tambah ilmu dari semasa ke semasa dan update info-info terkini di group-group support di fb. Jika tidak ada fb, bolehla hubungi introducer dari semasa ke semasa untuk bertanyakan info terkini.

6.Sentiasa berkongsi (Sharing) dan niatlah untuk menambah nilai (add value) kepada hidup orang lain. Usaha pengedar emas mengajak orang ramai menyimpan emas sangat murni sebenarnya dan anda sedang berjihad memerangi riba yang ada dalam wang kertas (walaupun kita tidak dapat keluar sepenuhnya).

Perniagaan yang memberi nilai tambah kepada orang lain boleh bertahan lebih lama dan berkat.

7. Konsisten dengan apa yang anda usahakan, biarpun sedikit usaha itu tetapi yang penting ialah istiqamah (berterusan). Berkat kesabaran dan usaha anda, pasti akan diberi ganjaran, jika tidak di sini,di akhirat sana, InsyaAllah.

8. Belajar dari kesilapan.

Selayang Pandang

Sekadar angin lalu..

EMAS BERGUNA BANYAK KALI
*********************************

Katakan anda ada 10 keping suku dinar..
Contoh telefon anda rosak di tengah2 bulan,

Macamana nak buat?

Anda g tempat pajak, gadaikan dalam 4 keping suku dinar, Anda dpt rm400...
Guna duit tu utk baiki telefon..Baki yang ada, simpan untuk tebus balik nanti
Dapat gaji, tebus balik emas yang anda gadai tadi

Pastu bulan depan mesin basuh pulak rosak..Nak baiki perlu kos RM300

Pergi balik tempat pajak..Gadai 3 keping suku dinar,
Dapat pinjaman RM300..
Dah boleh baiki mesin basuh
Nanti dapat gaji boleh tebus balik emas tadi..

Tengok, emas yang sama..Tapi berguna banyak kali..
Bila kita ada masalah duit, EMAS boleh digunakn sebagai cagaran..
Yang ni lagi elok dari kita berhutang dengan orang..

1 gram 1 bulan 1 keluarga

Mengenal Kualiti & Tahap Ketulenan Emas

Mengenal KUALITI & TAHAP KETULENAN EMAS

Mungkin ramai  daripada kita yang masih keliru tentang kualiti emas, yang mereka tahu hanyalah emas jongkong & barang kemas shj tanpa mengetahui spesifikasi @ ketulinan emas tersebut.

Pernahkah anda melihat cincin yang ditandakan 916,950,14k @ 18k? Untuk pengetahuan anda nombor menunujukkan peratus kandungan emas tulen & K mewakili karat. 1karat bersamaan 200mg, semakin tinggi kandungan emas dlm perhiasan emas anda seperti dibawah.

Standard Emas/ ketulenan :

999 - 24k
950 - 23k
916 - 22k
875 - 21k
835 - 20k
750 -18k
585 -14k
500 -12k
417 -10k
375 -9k

Penerangan :

24K gold, adalah emas tulen, iaitu 100% emas (kebiasaannya dlm bentuk jongkong emas).

18K gold, mngndungi 18 bahagian emas dan 6 bahagian daripada satu atau lebih tambahan 10grm, sehingga 75% emas.

14K gold, mengandungi 14 bahagian emas dan 10 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam sehingga 58,3% emas.dan begitulah seterusnya.

Emas yang boleh dijadikan pelaburan ↩

1)Emas 10 @ 999 - 24k - 99.9% kandungan emas.
2)Emas 950 - 23k - 95.4% kandungn emas.
3)Emas 916 - 22k - 91.6% kandungan emas.

Ini kerana kuantiti emas didalamnya adalah tinggi dan mempunyai nilai yg tinggi. Kebiasaannya didatangkan dalam bentuk jongkong emas, syiling emas, dinar emas @ barang kemas.

Pastikan anda meneliti kualiti/ gred emas tersebut sebelum membeli. Setiap jongkong emas/ dinar didatangkan dengan sijil ketulenan yg disahkan oleh Assayer bertauliah kecuali barang kemas. Untuk barang kemas, periksa dgn penimbang densimeter utk menentukan ketulenan emas tersebut.

Petua Bersihkan Barang Kemas

PETUA BERSIHKAN BARANG  KEMAS

Boleh cuba mana-mana cara berikut.

1⃣ AIR SUAM

Rendam barang kemas ke dalam air suam selama sejam. Berus dengan berus gigi & ubat gigi. Bilas bersih & rendam dalam air selama beberapa jam. Sejatkan di atas kain kering.

2⃣ AIR SUAM & ASAM GELUGOR

Rendam barang kemas ke dalam air suam dengan beberapa keping asam gelugor (asam keping). Biarkan selama 4 jam. Bilas dengan air bersih & sejatkan di atas kain kering.

3⃣ AIR ASAM JAWA & JUS LIMAU NIPIS

Campurkan air asam jawa dengan jus limau nipis. Kemudian masukkan barang kemas dan rendam semalaman. Bilas dengan air bersih & lihatlah hasilnya.

4⃣ TEH CINA

Rendam teh cina semalaman. Kemudian masukkan barang kemas & rendam semalaman. Bilas dengan air bersih & lihatlah hasilnya.

Selamat Mencuba.

Sunday, 20 March 2016

Apakah MISI anda menyimpan emas?

Apakah MISI anda menyimpan emas?

✅ bebas hutang piutang
✅ beli barangan lain secara cash  
✅ aset dapat emas pun dapat
✅ kalau dulu penerima zakat tp skg pemberi zakat
✅ untuk menjana pendapatan
✅ pergi haji n umrah ✈
✅ dapat menaikkn taraf hidup
✅ diwarisi pada keturunan
✅ selamatkan RM kita
✅ simpanan ketika kecemasan
✅ dapat bantu org lain.tangan yg memberi lebih baik dari tgn yg menerima

Dan hanya anda yg tahu apa tujuan anda menyimpan emas? Kenapa perlu duit mencukupi sekiranya kita tau duit x pernah x habis kalau berada di tangan kita?

Jadi apa salahnya berkorban sedikit dari simpanan kita utk membeli emas.

Cuba la dulu. Dari dok tggu duit cukup baru nk beli mmg bai bai la

Peningkatan hrga emas x pernah tggu kita. Anda beli atau x hrga still akn semakin naik.

Katakan TERBAIK pd mereka yg mengambil lgkah bijak ini.

Kelebihan Dinar & Goldbar

KELEBIHAN
DINAR & GOLDBAR

DINAR
✅Boleh digunakan untuk muamalat dan ibadah aqiqah.
✅Digunakan untuk membayar zakat.
✅Dijadikan hantaran dan mas kawin.
✅Cenderamata/hadiah untuk orang yang tersayang.
✅Simpan untuk pergi haji.
✅Tabungan/simpanan/pelaburan

Lain-lain tentang DINAR
Dinar dengan syiling emas rupa sama tetapi berbeza dari segi fungsi sebenar.Berat standard dinar ialah 4.25g tetapi syiling emas ada pelbagai jenis berat.Dari segi harga, syiling emas agak mahal jika dibandingkan dengan dinar dan gold bar kerana kos pembuatan lebih tinggi.

Ada tempat pajakan @ ar rahnu yang tidak menerima dinar,jadi simpanlah untuk tujuan yang telah disebutkan di atas.

GOLD BAR
Harganya lebih murah berbanding barang kemas kecuali jongkong 1 gram kerana kos pembuatannya tinggi.
Memberi pilihan kepada mereka yang ingin membuat simpanan semata-mata.
Pilihan untuk mereka yang sudah banyak barang kemas dan ingin simpan dalam bentuk jongkong pula.
Bentuk fizikalnya lebih menyerlah berbanding emas untuk simpanan/pelaburan yang lain dan menjadi kebanggaan kepada pemiliknya.
Sesuai untuk simpanan jangka masa panjang seperti untuk pendidikan anak-anak, perkahwinan, simpanan hari tua ,membeli rumah dan lain-lain.

Lain-lain tentang GOLD BAR
Harga gold bar di kedai emas biasanya sama untuk semua,sebagai contoh katakan harga pasaran ialah RM200g
maka harga 10g =RM2000 dan 100g=RM20000

Syarikat emas fizikal pula biasanya menawarkan harga yang lebih murah untuk emas yang lebih berat

Contoh : RM1800 untuk 10g dan RM16500 untuk 100g

Namun begitu,untuk jongkong 1gram,tiada mana-mana institusi yang menawarkan harga murah kerana kos pembuatannya tinggi. Bayangkan sekeping jongkong 1kg (1000g) ,hendak dipotong kecil menjadi 1g,perlu dipotong dan ditempa sebanyak 1000 kali!!

Disebabkan inilah harga jongkong kecil 1gram lebih mahal. Namun harga gold bar jongkong kecil @ gold bar 1gram keluaran syarikat emas fizikal biasanya murah RM20-RM50 berbanding kedai emas.

Masing² bolehlah menilai mengikut pilihan masing².

1gram1bulan1keluarga

Wallahualam

Tips Dari Dr Azizan Osman

TIPS DARI
DR AZIZAN OSMAN

Merancang kewangan kita sebelum terlewat..

Waktu Pagi:

❎Jgn Withdraw Duit Dari Atm
❎Jgn Byr Loan
❎Jgn Byr Hutang

Pagi adalah Utk Kita:

Sedeqah
Jemput Rezeki Melalui Dhuha
Berzikir Dan Selawat

Semua untung bersih@gaji bersih mesti diagihkan ke dlm 6 TABUNG..

Tabung NEC 55%
Singkatan kpd neccesity @ keperluan.
Semua perbelanjaan rumah, byr sewa, kete, bil.,amik dr tabung NEC ni..

Tabung FFA 10%
Financial Freedom Account.
Saving tetap kita. Jgn guna langsung utk tempoh yg pjg..
cth 10 thn..

Option simpanan utk FFA -
1. Unit trust
2. ASB
3. Fixed deposit
4. Tabung Haji
5. Beli gold
6. Simpan dlm tabung kt rumah.
Yg penting kita dh start create passive income utk masa depan kita..

Tabung LTSS 10%
Long term saving for spending.
Simpanan jangka masa pjg utk dibelanjakan.
Cth. Kumpul utk beli hp, deposit kete.,dll..

Tabung FUN (PLAY) 10%
Duit dr tabung ni br boleh guna utk joli, blanja mkn, reward diri..

Tabung EDU 10%
Tabung pendidikan.
Utk siapa?
Utk anak?
Diri sendiri mcm pi motivasi ke coaching ke..

Yee...utk diri sendiri. Sbb yg nk kaya dan berjaya tu kita.
Duit tu guna tuk gi seminar, beli buku dll..

Lps ni x de alasan x de duit nk blanja utk tambah ilmu. Korban skit tuk dpt yg lebih besar
Ank akn ada bhgn dia bila kita dah berjaya nnti
Kita slalu pikir ank je...tp x pernah pikir nk majukan diri sendiri dulu..

Tabung 5% CHARITY
Yang ni yg paling penting. Gunakan utk sedekah dan derma
Wajib ada
Tabung kebajikan
Tabung tu kita guna utk bantu org lain..

INGAT
Kita jgn jd perompak kpd bisnes kita sendiri!!!

...besarkan kapasiti tabung anda..supaya kita boleh masukkan lebih byk rezeki...

Untuk mengelakkan Kebocoran Wang ..
Kita perlu menjadi MONEY MAGNET..
Dengan Kata Lain Duit Yang Berkat..

Banykkan sedekah dan mengeluarkan zakat pndapatan.

Kebocoran berlaku sbb duit tu bkn hak kita sebenarnya. Byk faktor yg jd penyebbnya
Ada duit je adalah masalah dtg, kete rosak, ank sakit dll...
Bermakna duit kurang berkat..
selalu berlaku pd ramai org...
Lps ni check blik diri kita..

❤Hubungan dgn manusia, ibubapa, suami, isteri n ank2
Ada dendam sesiapa..
Ada x maafkan org..
Ada sakitkan hati org..
Pikir semula..

Mohon maaf dan memaafkan org adalah perkara yg terbaik.

☺☺☺

7 Tips Pajak Emas Di Ar Rahnu

7 TIPS PAJAK EMAS DI AR-RAHNU

Tips #1 – Pilih ‘Timing’ Paling Sesuai.

Secara umumnya, masa paling sesuai untuk pajak emas ialah bila (1) harga emas jatuh mendadak (mungkin melebihi 8% – 10%) untuk dapatkan modal beli lagi emas pada harga rendah, atau (2) nak guna duit untuk rolling bisnes yang menguntungkan. Kalau sebab lain, saya tak syorkan melainkan anda dah kenalpasti sumber ‘pendapatan’ yang akan digunakan untuk tebus balik emas tu. Dan pantang larang paling penting,jangan sesekali gunakan duit pinjaman ar-rahnu untuk perbelanjaan hangus atau membeli barang yang susut nilainya macam nak tukar langsir baru atau nak beli sport rim kereta! Kalau nak gunakan untuk perkara berbentuk selain daripada ‘investment’ atau ‘bisnes’, lebih baik jual terus emas tu atau bersiap sedia emas tu dilelong!

Tips #2 – Pajak Mengikut Modal Diperlukan Sahaja.

Margin pinjaman ar-rahnu biasanya sekitar 65% – 70%. Katakanlah anda perlukan duit sekitar RM6,500, pajaklah emas yang bernilai sekitar RM10,000. Tak perlulah pajak emas yang bernilai RM20,000 sebab nanti anda dapat pinjaman berlebihan yang tak dimanfaatkan dan dikenakan kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.

Tips #3 – Satu Emas, Satu Surat Pajak

Kalau nak mudah tebus, pastikan satu emas, satu surat pajak. Katakanlah anda pajak 3 utas rantai tangan, pastikan setiap rantai satu surat pajak. Ia akan memudahkan anda untuk tebus satu persatu nanti. Kalau 3 rantai tu anda buat satu surat pajak, anda kena tebus semua sekaligus!

Tapi kekurangannya ialah anda terpaksa tunggu lama untuk processing! Kalau 10 rantai tangan, mungkin 2 – 3 jam baru siap prosesnya sebab anda dan pegawai ar-rahnu perlu isi & proses 10 borang! Prosesnya  seolah-olah anda membuka 10 akaun bank!

Kaedah yang paling biasa digunakan.Prosesnya lebih cepat, tak perlu menunggu lama di ar-rahnu.

Kaedah yang memudahkan tebus satu persatu.

Tips #4 – Survey Upah Simpan Paling Rendah.

Setiap ar-rahnu mengenakan caj berbeza-beza dan cajnya juga disemak dari semasa ke semasa. Jadi sebelum memajak emas, survey dulu ar-rahnu mana yang kenakan caj paling rendah dengan margin pinjaman paling tinggi. Saya tak boleh confirmkan yang mana ar-rahnu terbaik sebab polisi setiap ar-rahnu sentiasa berubah-ubah.

Tips #5 – Asingkan Duit Untuk Caj Pajakan.

katakanlah anda dapat pinjaman sebanyak RM7,800, dan caj pajakan (upah simpan) dikenakan sebanyak RM504 (RM84 x 6 bulan). Saya syorkan asingkan siap-siap RM504 tu daripada RM7,800. Maksudnya, anda hanya boleh gunakan RM7,296 (7,800 – 504) untuk beli emas lagi ataupun rolling bisnes. Alasannya, kalau nak sambung pajakan nanti, anda boleh pakai duit tu jer untuk bayar upah dan renew surat pajak especially bila (1) anda belum dapat untung menggunakan duit pajakan pertama, ataupun (2) harga emas belum naik untuk anda menikmati untung daripada teknik manipulasi ar-rahnu bila harga emas jatuh mendadak.

Tips #6 – Tebus Emas Secepat Mungkin

Biasanya ar-rahnu bagi tempoh pinjaman selama 6 bulan, tapi kalau dah selesai urusniaga menggunakan duit pinjaman tu, terus tebus cepat-cepat sebab caj biasanya dikenakan secara bulanan. Kalau sebulan dah settle, terus tebus dan caj “upah simpan” dikenakan hanya untuk sebulan sahaja. Jangan tunggu tempoh matang 6 bulan baru tebus. Anda dapat jimat duit dari bayar kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.

Tips #7 – Jaga Nama Baik Dalam Rekod CCRIS BNM

Untuk makluman anda, walaupun ar-rahnu ialah pinjaman bercagar, ia tetap direkodkan dalam CCRIS (Central Credit Reference Information Sytem) Bank Negara sejak akhir tahun 2010. Maksudnya, kalau anda nak buat apa-apa pinjaman selepas ini daripada mana-mana bank, mereka akan semak rekod CCRIS anda termasuk pinjaman ar-rahnu. Kalau anda ada 1 surat pajak, ia akan ‘appear’ sebagai 1 rekod. Kalau 10 surat pajak, 10 rekod! Jadi, pinjaman di ar-rahnu wajib diuruskan dengan baik.Jangan sampai emas tu tergadai sebab ia akan meninggal rekod buruk bila anda nak buat pinjaman lain nanti.Dan kalau nak buat loan baru dengan bank lain, explain awal-awal pada staff yang in-charge sebab takut mereka anggap anda banyak komitmen hutang.

Apakah Itu Kos Upah

Apa itu KOS UPAH ?

" Apakah itu kos upah emas? Kenapa perlu kos upah emas? Tak ada kos upah tak boleh ker?

Persoalan ini acap kali kami terima daripada pelanggan. Maka, bagi menjawab soalan-soalan tersebut, kami akan jawab seringkas mungkin supaya anda faham konsep kos upah.

Bagi setiap urusniaga pembelian produk emas, jumlah yang perlu dibayar pelanggan adalah harga emas ditambah dengan kos upah. Tapi apakah itu KOS UPAH? Kenapa perlu ada KOS UPAH? Jawapannya saya akan kongsikan di bawah.

KOS UPAH = UPAH TUKANG = KOS TUKANG

Kos upah biasanya akan dikenakan kepada pelanggan bagi setiap produk emas yang dibeli. Kos upah adalah kos yang dibayar kepada tukang emas bagi membentuk dan membuat barang kemas. Ia ditentukan mengikut kepada rekabentuk dan kadar kerumitan produk tersebut. Semakin rumit rekabentuknya, semakin tinggi kos upah. Biasanya dalam kadar RM50 - RM300. Jangan pula anda terkejut jika ada kos upah yang lebih itu. Bukan mudah untuk membuat barang kemas yang berkualiti dan cantik.

Mari kita buat sedikit kiraan:

Katakan harga emas ketika itu adalah RM170/gram. Harga yang anda sangka anda akan bayar adalah:

RM 170 x 2 gram = RM 340 --->> Tapi tunggu !!
Jumlah tersebut belum ditambah kos upah. Untuk cincin seringkas ini, kadar upah mungkin menjangkau RM50. Maka, jumlah yang anda perlu bayar adalah:

RM340 + RM50 = RM390.

Harga masih mampu milik, tapi cuba kita kira, berapa harga segram untuk cincin itu setelah ditambah kos upah:

RM390 / 2 gram = RM 195 per gram!!

Maka, pastikan anda bertanyakan kos upah terlebih dahulu sebelum membayar emas yang anda beli. Lebih kecil kos upah, lebih cepat anda akan beroleh keuntungan dari nilai emas yang anda beli.

▶Kos upah hanya dikenakan pada barang kemas 916✅.
Pelanggan/ahli perlu bayar cas upah yang dikenakan. Kos upah yang MUNASABAH & MURAH hanya di Powergold.

▶Manakala pada emas 999.9,tiada cas upah dikenakan
Sebaliknya jika anda beli 1g=Rm187 (harga terkini)maka hanya harga emas beserta kos pos SAHAJA anda tanggung. Kos upah sudah INCLUDED dalam proses pembuatannya.

Perbezaan Emas 916 & 999

PERBEZAAN EMAS 916 & 999

Ramai yg masih x faham apa itu emas 999.9 dan emas 916. Sedikit pencerahan pasal jenis ni emas.

Emas 999.9 dan 916 merupakan tahap ketulenan emas itu sendiri. Emas 999 ialah emas yg tulennya 99.9% manakala emas 916 ketulenannya 91.6% sahaja. Clear?

Contoh emas 916 ialah barang kemas like cincin, rantai, gelang n etc. Kenapa 91.6% je tulen? emas tipu ke?owh tidak..ianya still emas tulen..cuma yg jadikan ia 91.6% tulen tu adalah apabila emas yg digunakan terpaksa dicampur dgn logam lain utk jadikan ia lebih keras dlm proses   jadikan ia barang kemas     clear? 

So emas 999.9 maksudnya ialah emas yg ketulenannya ialah 99.99%!! Makanya hanya 0.1% bercampur logam lain juga dgn tujuan utk dibentuk.

Emas 999 selalunya berbentuk goldbar, dinar dan coin. Ianya ialah emas 99.9% tulen. Rasanya tidaklah ade emas 100% tulen dijual kat mana2 kedai dik..0.1% logam lain adalah perlu dicampur utk tujuan pembentukan emas itu sendiri.

So kalau suka beli emas as simpanan, better beli emas 999.9 lebih berbaloi2. Kalau nak pakai , boleh beli emas 916 like cincin, gelang, or rantai.

Emas 999.9 lebih mahal jika dibandingkan dgn emas 916 based on ketulenannya. So of course Emas 999.9 lebih tinggi nilainya jika dipajak di mana-mana ar-rahnu
                       
So guys yg nak kawin tu,nasihatkan beli dinar (emas 999.9) lebih baik, lebih berharga InsyaAllah. And ladies, remind your future husband ok!

Pesanan Kepada Penyimpan Emas

Pesanan saya buat semua PENYIMPAN EMAS

EMAS yang anda dah simpan tolong jangan jual @ lelong pada orang. Jual atau pajak jika memang terdesak nak guna duit sahaja. Jika tidak tolong simpan ok?

Sebab apa?

Sebab dalam Al-Quran dah kata akhir zaman nanti matawang yang akan digunakan nanti dinar dan dirham (EMAS & PERAK). Bermakna wang kertas atau wang fiat ini tiada nilai lagi nanti.

Kita pun dah berada di akhir zaman kan?
Jadi beli & simpanlah EMAS, simpanlah EMAS, simpanlah EMAS.

Mulakan tabungan EMAS anda sekarang. Tukar simpanan wang anda kepada simpanan EMAS untuk masa hadapan anda.

Panduan Mengenal Emas Palsu

PANDUAN MENGESAN EMAS PALSU

-Pakai Barang kemas itu sekurang-kurangnya sehari. Klau kita dapat sebarang tanda pada kulit atau perubahan warna, emas itu mungkin palsu

-Cucukkan jarum dengan lembut pada emas yg ingin diuji. Jika jarum tidak patah, emas kita mungkin tulen kerana emas bersifat lembut

-Letakkan barang kemas hampir kepada magnet, emas tulen tidak mempunyai sebarangsifat tarikan magnet. Petua ini sesuai untuk emas BESAR dan TEBAL seperti Jongkong emas dll. Jika kita rasa barang kemas seperti melekat pada magnet berkenaan, ia adalah palsu.

-Kalau barang kita berupa rantai atau gelang boleh diputar, DENGAN LEMBUT & PERLAHAN cuba pulas barang kemas itu. Ia seakan-akanboleh diputar tetapi jangan gunakan tenaga yang banyak kerana ia boleh putus. Cuma rasakan saja, ia keras atau lembut (tidak berkesan pada emas 14 karat ke bawah)

-Cuba tengok pada CANGKUK @ PENYAMBUNG EMAS, kualiti emas ditanda seperti 999, 916 dan sbagainya. Ada juga bentuk seperti gambarajah orang berlari dan bentuk rumah sebagai tanda kualiti emas.Kebiasaanya emas ini di jual oleh peniaga Cina.

-Jika ditandai seperti GP (Gold Plated-Saduran Emas) atau ZGP (Zhulian), ia bermaksud emas celup. Tanda bertindan atau banyak berkemungkinan adalah PALSU.

-Kalau anda tidak sayang pada emas anda, cuba toreh ia pada batu hitam berkali-kali. Lihat sama ada warna emas bertukar kepada putih berkilat seperti warna perak atau kekal. Hanya 2 logam yang menghasilkan torehan kuning iaitu emas & tembaga. Emas putih pun menghasilkan torehan warna kuning.

-Emas tidak mempunyai bau. Cuba gosok emas anda pada seluar jeans sehingga panas & dapatkan baunya. Jika besi, baunya seakan bau ferum (bau ikan), emas tidak punyai bau.

-Jika ia JONGKONG yg ditulis berat padanya, sila timbang beratnya skali lg, MESTI TEPAT bacaan. Biasanya, jongkong palsu tidak mempunyai berat tertera kerana pembuat emas palsu cenderung menggunakan bekas bentuk emas tulen namun, menggunakan logam lain. Emas adalah logam paling padu dan tiada logam lain mempunyai berat sama seperti emas dalam saiz sama.

-Pernah tengok filem koboi..? Cara mereka menguji ketulenan emas adalah menggigit emas untuk mengesah ketulenannya. Ia mungkin sedikit fiksyen namun cara ini betul. Sifat emas tulen lembut dan apabila cuba menggigit, ada sedikit rasa lembut dan tidak keras tidak seperti anda gigit batang paip. Yang penting, PASTIKAN GIGI ANDA ADA & CUKUP KUAT ya

Saturday, 19 March 2016

Produk Powergold

Pendaftaran Ahli Powergold

PENDAFTARAN AHLI  POWERGOLD

Sila pilih mengikut TARGET & BAJET

Pakej keahlian↩

1. Pakej Gold RM350 ✔
-Ahli PWG merangkap Ejen.
- Dapat Syiling Emas 0.5 gram.
- Website.
- Ewallet.

2. Pakej Solid Gold RM450✔
-Ahli PWG merangkap Ejen.
- Dapat 1/4 Dinar (1.0625 gram).
- Website.
- Ewallet.

3. Pakej Super Power RM3800✔
-Ahli PWG merangkap Stokis.
- Dapat 2 Dinar (8.50 gram).
- Website.
- Ewallet.
- Bonus keyin.

  Yuran Pendaftaran SEKALI bayar untuk seumur hidup.
TIADA yuran tahunan.
AKAUN boleh diwariskan.
Beli emas syarikat dgn harga borong.

⛏Peluang menjana pendapatan bersama Powergold.