SERAM DENGAN HARGA EMAS?
===========================
HARGA EMAS sangat-sangat menakutkan. Mana tidak nya, katakanlah hari ini Isnin, kita bertanya tentang harga emas, kita diberitahu harga sekitar RM200 segram.
Esok Selasa, tanya pula harga emas dan ketika itu harga dah NAIK ke RM220. Hari Rabu tanya lagi dengan harapan harga emas TURUN. Alhamdulillah Allah beri keizinan harga emas TURUN pada hari Rabu.
Tapi kita masih mempunyai sikap menunggu. Dengan harapan hari Khamis harga emas akan turun lagi. Bila bertanya harga emas hari Khamis harga emas NAIK balik. Jantung mengepam laju. Tapi kita masih tarik nafas panjang. Yakin harga Jumaat harga turun. Apabila tiba hari Jumaat, Harga emas masih NAIK.
Bila nak turun ni?
Stress dah ni.
Ambil keputusan untuk menunggu dan terus menunggu. Begitulah ianya berlarutan hingga ke minggu berikutnya.Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Tahun silih berganti tahun.
Bila sebenarnya kita akan tersedar dan beli emas?
Kita akan beli emas ketika kita benar-benar faham satu perkara iaitu harga emas naik @ turun tidak menjadi masalah, kita tetap beli emas. Erti kata lain kita "Istiqamah" untuk mengumpul emas.
Anda dapat ELMU?
Semoga ianya bermanfaat.
Salam kejayaan.
No comments:
Post a Comment