✍ *ILMU AR RAHNU*
Ar Rahnu adalah tempat pajak gadai Islam.
Pinjam banyak mana....bayar jumlah tersebut + upah simpan.
Setiap Ar Rahnu rate tak sama, peratus pinjaman tak sama, upah simpan tak sama.
Semua Ar Rahnu terima barang kemas. Tapi goldbar dan dinar sesetengah Ar Rahnu terima brand tertentu sahaja disebabkan mempunyai produk sendiri atau terikat dgn kepentingan biz masing2
Biasa kalau barang kemas tak padat..mereka akan kurangkan gram. Kalau Ar Rahnu Pos mereka akan maklumkan pada kita. Ar Rahnu Bank jarang maklumkan dan adakala mereka downgrade mutu emas kita.
Kalau nak test emas, kena test banyak tempat. Seboleh²nya elakkan test di Ar Rahnu Bank. Banyak kes downgrade.
Ar Rahnu Bank Rakyat dan Agro Bank paling banyak downgrade. Jadi perlu hati²...
Kalau pajak di Ar Rahnu Bank, nama kita akan keluar macam buat loan.
Strategi baru Ar Rahnu ▶bila emas naik melambung, mereka perlu downgrade sama ada mutu emas @ berat emas. Bukan mereka bertujuan nak menipu tapi strategi supaya mereka tak rugi dlm masa 6 bulan tempoh gadaian jika emas turun mendadak.
Jadi jangan terkejut kalau pernah pajak mutu 999 tiba² jadi 916..itu perkara biasa dah skrg.
Istilah OVERLAP ▶ bermaksud nilaian semula.
Contoh, kita pajak harga rendah...tiba² harga tinggi...kita minta mereka nilai semula barang kita dan merka akan bagi tambahan duit ikut harga yg tinggi.
Harga jualan emas di Ar Rahnu murah sebab barang² lelong.
Siapa ada modal banyak boleh borong. Tapi kena buat2 baik dengan staf..bila ada lelong dia akan maklumkan.
No comments:
Post a Comment