MENGENAL KUALITI & TAHAP KETULENAN EMAS
Mungkin ramai daripada kita yang masih keliru tentang kualiti emas, yang mereka tahu hanyalah emas jongkong dan barang kemas shj tanpa mengetahui spesifikasi atau ketulinan emas tersebut.
Pernahkah anda melihat cincin yang ditandakan 916,950,14k atau 18k?..Untuk pengetahuan anda nombor menunujukkan peratus kandungan emas tulen dan K mewakili karat, 1karat bersamaan 200mg, semakin tinggi kandungan emas dlm perhiasan emas anda seperti dibawah.
Standard Emas/ ketulenan :
999 - 24k
950 - 23k
916 - 22k
875 - 21k
835 - 20k
750 -18k
585 -14k
500 -12k
417 -10k
375 -9k
Penerangan :
24 gold, adalah emas tulen, iaitu 100% emas (kebiasaannya dlm bentuk jongkong emas).
18k gold, mngndungi 18 bahagian emas dan 6 bahagian daripada satu atau lebih tambahan 10grm, sehingga 75% emas.
14k gold, mengandungi 14 bahagian emas dan 10 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam sehingga 58,3% emas.dan begitulah seterusnya.
Emas yang boleh dijadikan pelaburan :
1)Emas 10 atau 999 - 24k - 99.9% kandungan emas.
2)Emas 950 - 23k - 95.4% kandungn emas.
3)Emas 916 - 22k - 91.6% kandungan emas.
Ini kerana kuantiti emas didalamnya adalah tinggi dan mempunyai nilai yg tinggi . Kebiasaanya didatangkan dalam bentuk jongkong emas, syiling emas, dinar emas atau barang kemas,
Pastikan anda meneliti kualiti/ gred emas tersebut sebelum membeli. Setiap jongkong emas/ dinar didatangkan dengan sijil ketulenan yg disahkan oleh Assayer bertauliah kecuali barang kemas. Untuk barang kemas, periksa dgn penimbang densimeter utk menentukan ketulenan emas tersebut.
No comments:
Post a Comment