Tuesday, 5 April 2016

Tips Sandaran Emas

✍ TIPS SANDARAN EMAS

Saya berikan tips yang amat penting kepada anda.

Sebenarnya ramai yang tidak sedar mengapa perlu kita sandarkan setiap perbelanjaan kita dengan emas.

Umum mengetahui bahawa wang kertas yang ada pada kita sebenarnya tiada nilai, tetapi ianya jadi bernilai apabila disandarkan kepada rizab simpanan emas.

Tetapi, apabila wang kertas yang dicetak melebihi nilai rizab simpanan emas, maka lebihan cetakan itu yang dipanggil "Fiat Money".

Ianya hanyalah sehelai kertas yang dicetak dengan nilai muka diatasnya, tanpa ada emas yang menjadi sandarannya.

Justeru, bagi menambah nilai kepada wang fiat yang kita miliki, maka sandarkanlah ia dengan emas.

Bagaimana caranya?
Caranya...

Beli emas, cagarkan di Ar-Rahnu, kemudian tunai yang anda dapat hasil cagaran itu tadi baru boleh anda belanjakan.

Itulah teknik kita untuk menambah nilai kepada wang fiat yang tiada nilai tadi.

Maka saya sangat tidak setuju jika ada sesetengah individu yang mengatakan bahawa memajakkan emas adalah merugikan.

Sedangkan ianya adalah sandaran kepada wang tunai anda.

Contohnya :
Saya ingin membeli sebuah Apple Ipad wifi+3G 16GB yang berharga RM1999, saya mempunyai cash sebanyak RM3000, macamana caranya untuk dapat membeli ipad tersebut dengan harga murah?

Caranya:
Saya beli emas fizikal 20g berharga RM3000, kemudian saya pajakan emas tersebut di Ar-rahnu. Saya dapat cash tunai sebanyak RM2100.

Dengan menggunakan cash tunai dari pinjaman Ar-Rahnu tersebut saya beli iPad dengan harga cash RM1999, baki RM101 saya simpan.

Ambil kira kenaikan purata tahunan emas sebanyak 25%, maka emas yang saya telah pajakan telah meningkat kepada RM3750, dan saya pun tebus kembali emas tersebut di Ar Rahnu.

Pengiraan mudah ialah:
Ambil kira kenaikan emas tahunan ialah 25% maka emas yang saya simpan di Ar Rahnu tersebut telah meningkat kepada RM3750.

RM3000x25% = 750
RM3000+RM750 = RM3750

Upah simpan yang perlu saya bayar untuk 12 bulan untuk RM3000 ialah RM270.

RM3750-RM270 = RM3480

Jadi, saya telah untung sebanyak RM480, ditambah pula dengan baki RM101 yang tidak digunakan tadi. Jumlah semuanya ialah RM581.

Ini bermakna Ipad yang saya beli itu berharga RM1418.
RM1999-RM581=RM1418

Saya berjaya menjimatkan wang sebanyak RM581 dengan menyandarkan wang saya kepada emas.

Anda nampak betapa mudahnya jika kita tahu bagaimana untuk memanipulasikan kewangan melalui pelaburan emas kan?

Justeru jangan bazirkan setiap sen wang anda.

Sentiasa sandarkan dengan emas, emas dan emas.

    "In PowerGold We Share, We Care"

     1⃣Gram 1⃣Bulan 1⃣Keluarga 1⃣Kekayaan

No comments:

Post a Comment