[ SUMBANGAN PRIHATIN RINGANKAN BEBAN ]
Assalamualaikum wbt,
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, berakhir sudah projek amal Persatuan Amal GSL bersama Kelab Blogger Ben Ashaari dan Tuan Anas Pawan Chik mengedarkan makanan kepada warga gelandangan di sekitar Kuala Lumpur tempoh hari.
Rentetan daripada sambutan yang menggalakkan dari semua pihak, kami pihak PAG membuka projek kedua iaitu "PROJEK PAG DERMA DAN INFAK" . Di mana projek ini, kami membuka peluang kepada anda yang tamakkan pahala untuk memberi sumbangan berupa wang tunai, makanan, pakaian serta barang keperluan harian.
Projek kali ini kami akan bahagikan kepada 3 keluarga yang memerlukan iaitu:
1 - 4 Anak Yatim Piatu yang baru kehilangan ibu, manakala ayahnya meninggal setahun yang lalu. Kos sara hidup dianggarkan rm2000 sebulan.
2- Norazlinda ibrahim yang memerlukan kos rawatan pembedahan selepas mengalami kemalangan jalan raya. Kos pembedahan dianggarkan sebanyak rm5000
3- Keluarga yang terlibat dengan kebakaran yang berlaku di Ipoh, Perak dan Tawau,Sabah baru-baru ini. Kerugian dianggarkan melebihi rm10,000 untuk seisi rumah.
Dengan keprihatinan semua, kami pihak PAG menyeru untuk kita sama-sama meringankan beban mereka yang terbabit.
Sumbangan anda boleh disalurkan ke
Maybank
1020 5476 4966
Mas Norashikain
Kutipan TERAKHIR 30 April 2016, bagi menyalurkan sumbangan pada awal May nanti.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi pihak kami ,
Wawa 019 996 6576
Yanty 017 6188 375 #PasukanAmalGSL #SukarelawanGSL
No comments:
Post a Comment