Friday, 11 November 2016

Jangan Tunggu Minat Baru Nak Simpan Emas

JANGAN TUNGGU MINAT!
             [simpan emas]

Simpan emas jangan tunggu perasaan minat datang baru nak mula. Masa tu entah tak tahu bila minat tu nak datang.

Pengalaman saya mula menyimpan emas bukan disebabkan minat pun tapi saya lebih cenderung kepada nak selamatkan simpanan dari aspek (negatif) yang mungkin saya tak sedar antaranya:-

ELAK simpanan saya bocor (boros)
Saya ni seorang yang tak boleh tahu akaun bank ada banyak duit. Pasti saya nak belanja macam-macam sedangkan bukannya keperluan pun.

TAKUT duit kertas terus hilang kuasa beli tukar simpanan (duit) dalam bank jadi emas sebab takut duit jadi tak laku selepas saya hadir seminar pertama Powergold. Dalam seminar itu saya belajar sebenarnya duit kertas hanya sekeping kertas yang TIADA NILAI.

Selepas saya dah mula simpan dan belajar selok belok tentang emas, baru minat tu datang.

Dan kini, saya pula berkongsi ilmu tentang kebaikan simpanan emas kepada orang ramai agar mereka celik akan kepentingan emas dalam membina kekayaan.

Note: Jangan tunggu MINAT baru nak mula simpan emas. Takut terlambat ekonomi kita dah TENAT.

Okey?

No comments:

Post a Comment